jump to navigation

Menara Kembar June 10, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Nota Kepala: 

Biasa Nota Kaki, tak per, dalam blog ini ada Nota Kepala, Penggunaan Menara Kembar dalam entri ini adalah hanya sebagai olahan penulisan untuk menggambarkan kejayaan dunia. Tidak bermaksud untuk merujuk kepada mana-mana syarikat sama ada wujud ataupun tidak. Sila hayati maksud penulisan ini dengan mata hati. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

PA055953_640x480_34613448_std

Sejak aku mencari pekerjaan….

Kesungguhan aku utamakan….

Mendaki puncak kerjaya…

Masa lapang ku korbankan…

Biarpun pulangannya bukanlah durian runtuh…

Namun cita-citaku bukanlah pendek jalannya…

Suka duka aku tempuhi…

Pahit maung aku gagahi dan aku telan dengan senyuman…

Mendongak ke atas…

Hati mengental…

Azamku tersemat kukuh…

Jika masa mereka yang lain 8 jam di menara ini, masaku 28 jam…

Jika hujung minggu mereka berlibur, aku tetap senyum bertugas di menara…

Peduli apa…cita-citaku jelas! Menjadi yang terbaik.

Biar apa halangan..akan tetap ku redah…

Biar ku jatuh berkali…tetap akan ku bangun dan berlari…

Hari ini, sepucuk surat aku terima,

Senyum lebar menjadi mukadimah,

Inilah perlantikan yang aku nantikan,

Pasti membawa aku maju mendaki menara ini lagi,

Tiba-tiba rasa pedih menjerut dada,

Surat itu rupanya membawaku ke bawah,

Untuk mendiami Menara Kembar ini pula.

Helaan nafas ku makin pendek…

TOLONGI AKU… aku belum bersedia!!!

-AL-FATIHAH-

33SUNP0069

Comments»

1. saf seperjuangan - June 17, 2009

pasni kalau berenti keje ponn..aku takn risau sebab ko boleh jadi ustaz sastera…=).pada pandangan aku,..tulisan yang lahir dari rontaan suara hati…yang mana penulisnya tak tahu cara meluahkan…cara untuk melaksanakan..cara untuk mencapai pengampunan…

pandanglah dr sudut yang terbenam…
sang jiwa msh mengharap ketenangan..
kegelisahan perlukan sentuhan sabar..

kesabaran ibarat ombak
yg menelan buih2 ujian dilautan…
sediakan sampanmu jika ko tahu…
bahtera sukar ko sediakan…

malah..tiada salahnya..
jika rakit yang ko cagarkan…
asal ko yakin dengan bantuan Tuhan…

salam saf seperjuangan…


Leave a comment