jump to navigation

Puaka bermata MERAH February 20, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

real-ghostCerita hantu memang menakutkan. Sedari kecil, aku cukup takut dengan hantu. Masih teringat ketika berumur 10 tahun, aku ketakutan amat sangat selepas menonton cerita Orang Minyak. Usikan ahli keluarga membuatkan aku semakin kecut perut! Apabila lampu bilik di padamkan aku tidak lena tidur. Memang terasa tingkap bilikku dibuka seseorang! Angin malam menggigit pipi…. mampus hidup balik pun aku tidak membuka mata. Apa nak jadi jadilah.

 

Ketika sekolah menengah, hampir peperiksaan SRP, kawasan kampung teman rapatku di serang langsuir. Kami tetap study maut sampai jam 11 malam. Lepas itu tidur mati, esok dengar cerita Langsuir mengilai kuat berhampiran bilik kami.

 

Di bilik hostel universiti, kejadian ditimpa hantu menjadi-jadi. Sampai satu masa, aku tidak lagi menutup mata, aku lawan dengan ayatul kursi dan aku membuka mata! Nampak jelas susuk lembaga hitam bermata merah menjelma di pintu bilik sebelum ia menghilang pergi. Itulah kali pertama aku melihat hantu secara ‘LIVE’.

 

Sepanjang hidup ku, masuk hutan- keluar hutan. Naik bukit-turun bukit, berkayak, berperahu, pantang-pantang seperti jangan bermulut celupar memang ku patuhi.

 

Namun, sebaik mana pun kita, jika kita tak kacau mereka, mereka kacau kita! Justeru ayat-ayat Al-Quran lah jadi teman setia. Sehingga dengan hanya menyebut Allah sahaja dalam kesesakan nafas yang memuncak ,mampu membuat hantu yang sedang menindih cabut lari!

 

Kini tiada lagi hantu-hantu nakal menindih ku, namun sering juga aku merasakan kehadiran makluk itu dibilikku. Bunyi-bunyi pelik menguatkan lagi prasangka aku yang dalam fasa tidur-tidur ayam itu.

 

Satu malam..perkara aneh terjadi….

 

Ku pusatkan di minda, aku cuba kenali entiti misteri itu. Namun mata ku tetap terpejam. Alam fikiranku kembali aktif….

 

Detik hatiku… Makluk itu bukanlah hantu…

Mungkin dia Malaikat Maut!

Mungkin sudah sampai masa ku dan malam ini adalah malam terakhir ku…

 

Hatiku bergetarrr….

Dunia bakal ku tinggalkan…

Hartaku kumpul bakal ku tinggalkan…

Mereka yang kusayang bakal ku tinggalkan….

 

Dalam sebak menjerut rasa…

Aku berdoa.

 

Ya Allah.. kiranya malam ini malam terakhirku…

Kau ampunilah semua salah dan silapku.

Kau ampunilah semua dosa-dosa yang ku lakukan.

Sama ada yang aku ketahui jua yang tidak ku ketahui.

Sebelum malaikat maut itu menjalankan tugasnya,

Kau ampunilah dosa-dosa ku seluruhnya.

 

Ya Allah…jauhilah aku dari siksaan kubur dan siksaan neraka Mu,

Dengan rahmatMu Yang Maha Pengasih dan Penyayang…

Tempatkan lah aku di syurgamu Ya Allah.

 

Ya Allah… matikanlah aku di dalam iman…

( ku sudahi dengan kalimah syahadah )

 

Ku turuti dengan bacaaan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, surah An-Nas dan surah Al-Falaq.

 

Nafasku hela panjang, ku lapangkan dada… dalam hati ku memaafkan semua salah dan silap setiap insan di dunia ini kepada ku. Kerana aku jua tidak sempurna, dan aku jua ingin menjadi salah seorang insan yang tergolong di dalam doa-doa mereka apabila mereka menyebut wal muslimin na wal muslimat, wal mukminin nawal mukminat. (kerana aku merasakan doa orang yang punya dosa pada kita tidak akan dimakbulkan? Jadi..ketika dia berdoa seperti diatas, kita tertinggal dari doanya kerana kita tidak memaafkan dia.)

 

Perubahan yang menarik dalam siri tidur malam ku pada malam itu. Walaupun pengalaman pertama itu membuatkan aku tidak lena tidur, namun bagiku, ini lebih baik dari membebankan fikiranku dengan kenakalan makluk tuhan yang bergelar HANTU!

Comments»

1. Ghaz - February 21, 2009

Dan amalan itu patut dilakukan setiap kali hendak tidur, samada ada HANTU ker tak …..

Sebab itu yang di ajarkan oleh Nabi kita … memohon keampunan dan memaafkan umat …

Dan mengingati akan mati itu perlu …

2. harry waoosimo - May 8, 2009

is this real boi

menadahhidayah - May 12, 2009

Which is which you referring to Harry?

The picture? I dont know, i download from Google image. So may be it is not real.

The story.. yes 100% true and real.

3. nua - December 25, 2009

pengalaman ko pn mcm pengalaman aku..tapi pas nyawe ak kne ambil 2 ak sedeyh sangat…keyh nnti kte jmpe kt padang masyar erk….

4. zai asyraf - January 6, 2010

best2. laen start. laen citer die. :)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: