jump to navigation

Tiga Abdul dan wasiat. February 17, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Cerita ini aku perolehi ketika menghadiri kursus minggu lepas. Cerita diselitkan untuk menyegarkan minda kami yang agaknya keletihan dengan pelbagai istilah-istilah teknikal.

 

Pada suatu masa dahulu… ada seorang bapa kepada tiga Abdul telah meninggal dunia. Di tinggalkan 17 ekor unta. Wasiatnya ialah Abdul Sulung diwasiatkan ½ unta tersebut, Abdul Tengah 1/3 dan Abdul Bongsu mendapat 1/9. Jumlah pembahagian harus lah genap seekor unta. Tidak boleh di belah-belah.

 

Isk.. ini bukan nak rehatkan minda ni, lagi pening ada..bisik ku.

 

½  x 17   = 8.5

1/3 x 17 = 5.67

1/9 x 17 = 1.89

 

Macamana nak bagi ni….. (Haaaa…nasib baik telefon berbunyi, staff di pejabat telefon mintak maklumat) apabila akukembali ke bilik kuliah, ada peserta kursus telah mendapat jawapan!

 

Caranya ialah, cari seekor unta lagi untuk di pinjamkan. Jadi jumlah keseluruhan unta adalah 18.

 

½  x 18   = 9

1/3 x 18 = 6

1/9 x 18 = 2

 

Memang adil sebab unta yang di pinjam tadi boleh dipulangkan balik kepada pemiliknya. Kerana 9 + 6 + 2 adalah 17.

 

Apa komen anda? Bagus? begitulah hasil apabila berfikir di luar kotak fikiran normal kan?

 

Tetapi pengajar kami, memberitahu.. Unta yang dipinjamkan tadi tu adalah ibarat Agama! kami semua terdiam…..

 

Dalam hati…aku menganguk-anguk dengan pantas.

 

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: