jump to navigation

Laskar Pelangi: The Movie February 11, 2009

Posted by menadahhidayah in Review Buku.
trackback

Buku yang menjadi fenomena di Indonesia ini telah lama berada dalam simpanan ku, Terima kasih kepada Ghaz, kerana menghadiahkannya kepada ku. (Kalau Ghaz tak introduce, sampai kapan pun aku tak kan beli dan baca!! buku-buku genre begini bukan minat ku.)

Tapi pulang bercuti aidilfitri tahun lepas, aku bertekad untuk menghabiskannya. Namun, tak sampai separuh buku cuti perayaanku sudah sampai ke penghujung. Buku itu aku tinggalkan di kampung dan aku pinjamkan kepada Kakak iparku yang merupakan seorang guru.

Buku itu cukup mengasikkan. Dan itu adalah kali pertama aku menghabiskan bab-bab awal buku tersebut di dalam bas ekspress. Sebelum ini aku tidak pernah pun membaca di dalam bas!!

Cerita ini adalah cerita yang membangkitkan emosi tentang keazaman anak-anak kampung di kawasan pendalaman indonesia. Banyak juga unsur-unsur lucu di dalamnya. Bagi aku ia benar-benar memberi motivasi.

Motivasi kepada kita, untuk terus mencari ilmu, kepada guru-guru agar membulatkan tekad mengajar untuk pembangunan anak bangsa.

Kini, sudah terbit filem Laskar Pelangi. Bila lah cerita ini hendak sampai di bumi Malaysia ini, tidak  pula aku tahu. Namun, OSTnya sudah sampai. Tidak sabar lagi untuk menonton movie ini.

Aku begitu teruja apabila melihat cinematography filem ini. Nyata, pembikinannya tidak diambil mudah. Tidak hanya menumpang populariti bulu terlaris ini.

Comments»

1. Irman3033 - February 15, 2009

salam rahmat dari bumi yang sama…

Hidup dan kehidupan itu membawa citra yang seiring. Perjalanan seorang insan tidak sunyi daripada bergelumang dengan warna-warni pengalaman
– pahit manis yang menjadi guru paling berharga dalam kehidupan, tidak boleh dijual beli di mana-mana.

Laskar Pelangi – mendengar tajuknya sahaja membuat diri saya ingin segera mencari novel ini, apatah lagi tidak sabar-sabar menanti tayangan filemnya di tempat sendiri.

Terima kasih saudara atas blog yang cukup menarik ini. Pasti, jika ada keizinan saban hari akan saya cuba layarinya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: