jump to navigation

Baldi Hijau di beting pasir January 27, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

baldi12

 

Baldi itu menggangu pandangan ku ketika aku menikmati pemandangan pantai nan indah. Beting pasir itu memutih memanjang sejauh mata ku memandang. Riak-riak air laut mengurut mesra beting pasir itu. Di dalam pelukan air laut yang jernih, di payungi langit membiru begitu menenangkan hatiku. Tetapi Baldi hijau itu menyakitkan pandangan ku.

 

Baldi hijau itu pengacau dan pencemar. Tempatnya bukan disitu, bukan di landskap alam yang terlukis indah. Baldi hijau itu tidak akan ada gunanya di situ. Menyusahkan saja… mengacau saja…..

 

Begitukah pandangan ku? Muktamatkan sudah keputusan ku?

 

Bagaimana pula dengan diri ku dan dunia ini sekarang, bagaimanakah perasaan ku dan dunia saat ini ?

 

Tentang apa? Tentang Baldi hijau itu?

 

Bukan… tentang Islam dan keberadaannya di dalam raga.

 

Dunia ini indah, dan manusia mempunyai hak total kepadanya. Seperti ingin menikmati keindahan beting pasir itu, air laut yang jernih dan langit membiru. Lantas jika ada sesuatu yang mengganggu ia adalah perompak keamanan dan kemajuan.

 

Seperti Baldi hijau itu. Manusia hanya membuat andaian berdasarkan pemikiran ceteknya dan pengalaman yang pendeknya bahawa Baldi hijau itu tidak layak disitu.

 

Cuba lihat dari perspektif yang lain, Cuba lihat di dalam baldi itu, adakah air didalamnya?

 

Cuba rasa air nya, masin atau tawar? tawar bukan? Bagaimanakah boleh air itu tawar sedangkan ia di kelilingi lautan di sekelilingnya? Mudah saja…. Air hujan!!!!!

 

Bagaimana air Hujan terjadi? Pernahkah difikirkan? Bagaimana proses sejatan, pengumpulan awan dan penurunan air hujan berlaku?

 

Aku tahu, lebih kurang, sedikit sebanyak. Iya, ia bukti kekuasaan Allah.. prosesnya sangat unik.

 

Lantas mungkin kah berguna air di dalam baldi hijau itu? Untuk menghilangkan dahaga?

 

Iya. Semua orang tahu tentang itu.. mengapa tidak di minum air laut yang jernih itu untuk menghilangkan dahaga?

Ohh.. kerja gila, aku bukan ikan lumba-lumba!!!

 

Jadi.. muktamatkah baldi hijau itu sebagai pencemar keindahan beting pasir itu?

 

Aduhh… iya… biarkan saja ia disitu, aku boleh memandang tempat lain. Gambar pandangan lain jugak indah… biarkan saja baldi itu disitu.

 

Begitukah aku? Begitulah aku ketika memandang Islam. Anugerah Tuhan yang bernama Islam itu di anggap pengacau… bagiku dunia ini sudah moden, manusia sudah matang dan berilmu, Islam itu kolot dan sesuai di zaman Nabi-nabi sahaja.

 

Tamadun manusia dan tamadun moden telah berkembang maju, dan indah… seperti langit biru , beting pasir dan air laut yang jernih itu. Apa lagi perlunya Islam.

 

Tapi aku lupa… aku manusia…. Fitrah ku memerlukan Islam… di balik keindahan langit biru , beting pasir dan air laut yang jernih itu aku memerlukan air di dalam baldi itu. Untuk aku menghilangkan dahaga dan terus hidup.

 

Astarfirullahalazim…..

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 

” Tiadakah mereka mengembara di muka buni, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka mengerti, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sungguh bukanlah mata mereka yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada dalam (rongga) dadanya.” 

– Al-Quran – Surah Al Hajj

Comments»

1. Ghaz - January 27, 2009

Rafei;

Setiap sesuatu itu ada peranan nya … hatta lalat yang mengacau dan pengotor itupun ada arah tujuannya di muka bumi Allah ini …

Jangan lupa TUGASAN (tugasan AF tu ala ala very very d minor gitu) kita di muka bumi Allah ini …..

Sampaikan DAKWAH …. walaupun dengan satu ayat ….

2. nurh - February 9, 2009

Very interesting writings.
Mungkin boleh perbanyakkan penulisan yang sebeginih…. boleh kumpul and buat buku nih… hehe..

Tahniah dan teruskan usaha.

To Ghaz, saya setuju!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: