jump to navigation

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok November 6, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

tdmheAlhamdulillah,

Sepuluh buku yang dipesan terus melalui penulisnya sendiri iaitu Prof. Muhd Kamil sampai kesemua lokasi yang diminta. Keluarga di kampung mendapat 3 buku, sorang sahabat di bangi yang telah dijanjikan buku TD:MHE ini (setelah dia sanggup membeli TH:MSI), seorang staff yang hari jadinya 9 Oct lalu dan rakan sebelah kubikel rata-rata seronok menerima buku berautograf ini. Habis? Baki lagi tiga kemana? Satu bakal di hantar ke Arab Saudi dan satu ke Leeds U.K. ..tinggal satu saja lagi…  untuk siapa? Untuk hadiah anda pembaca blog ini. Sila berikan e-mail anda dan alamat agar dapat di hantar ke rumah anda segera. (Perhatian untuk mereka yang berada di Malaysia saja). – SATU SAJA, SAPA CEPAT DIA DAPAT.

Saya tidak pernah segila ini menanti sebuah buku untuk diterbitkan. Pernah mendengar kegilaan mereka yang beratur menunggu buku Harry Porter keluaran pertama. Tapi ia tidak pernah mengusik hati saya untuk ambil tahu. Tapi buku ini seperti ada aura tersendiri.

Buku pertama Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman begitu bermanfaat buat diri saya. Lalu saya war-warkan kebaikannya, ramai rakan yang membeli dan mengakui kebaikannya. Saya tersenyum puas. Kerana, saya tahu kekurangan diri ini untuk menasihat mereka di sekeliling saya tentang agama. Justeru, saya kongsikan saja buku TH:MSI dan TD:MHE.

Hebat sangatkah buku ini? Hebat sangatkah penulisnya? Entah!!! anda nilaikan sendiri. Tidak semua orang melihat gelas itu separuh penuh airnya. Bagi saya, Penulis memberi dimensi baru tentang bagaimana merubah diri kearah kebaikan. Anda akan termotivasi bahawa anda juga boleh, walaupun anda mungkin tidak mampu berqiamullai seperti Prof biarpun selepas 2 tahun anda menghafal satu persatu ayat TH:MSI itu. Namun, saya pasti anda sering terkumat kamit berzikir sepanjang perjalanan anda ke tempat kerja. Nah, itu perubahan yang baik bukan?

Saya sering membaca cerita tentang Haji, tapi di mastika contohnya, lebih memberikan peristiwa ngeri yang akhirnya berjangkit ke diri sendiri, bila di tawarkan pakej umrah yang murah, saya dengan pantas menolak! TAKUTTT… takut itu dan takut ini, apabila membaca buku tulisan Prof ini, saya termotivasi, apa yang nyata bagi saya, selama ini kita melupakan hubungan kita dengan Allah. Kita lupa bahawa Kita dengan Allah tiada hijabnya. Apa yang kita mahu minta saja. Insyallah.. tertunai.

Juga, ada jemaah yang pulang dari tanah suci, memberitahu saya, apabila di tanah suci, ikut saja apa yang ditetapkan, jangan bantah, jangan pandai-pandai sendiri. Beliau menceritakan pengalaman beliau tersesat di sana. Saya akur di dalam hati. Setelah membaca TH:MSI, saya rasa saya tahu punca beliau tersesat. Beliau hanya percaya kepada diri sendiri, terlupa untuk berdoa pada Allah. Apabila kita melihat perjalanan Prof ditanah suci, banyak benda yang orang tak buat, dia buat. Tapi, setiap benda yang dibuat, disusuli doa kehadrat Allah sepenuh hati. Satu penrgantungan harapan seorang hamba yang tulus kepada Penciptanya! Lantas jalannya dipermudahkan… LUARBIASA. Anda pasti dapat merasa kerendahan hati seorang hamba kepada Penciptanya. Lantas.. keegoan lelaki anda mungkin goyah dan airmata bercucuran. ( Tahniah.. menangis kerana Takutkan Allah bukan calang-calang orang boleh lakukan)

TD:MHE ini, lanjutan cerita kehidupan Prof sekembali dari mekah, belum pun saya habis membaca… masih dibahagian prakata. Tapi sejak menjadi pengunjung blog Prof. saya yakin, banyak manfaatnya. Jika tidak masakan rakan sebelah kubikel yang belum pun habis membaca TH:MSI merayu-rayu agar di berikan satu kepadanya buku TD:MHE yang baru sampai semalam.

Anda belilah.. jika tidak suka, anda sedekahkan ke perpustakaan negara atau daerah terdekat, minta resitnya, boleh lah anda potong in-come tax anda. (tahukan anda potongan income tax untuk buku setahun adalah RM1000?). Atau sedekahkan saja pada anak-anak yatim.

Selamat Membaca…. semoga mendapat manfaat.

Comments»

1. Ghazali - November 14, 2008

Rafei …

Thanks for the book … tapi aku tak terima lagi ler … tak tau kau guna courier apa. Kat sini DHL memang cekap dan pantas , tapi kalau yg lelain tuh wallahualam ….

Hehhehe

Thanks once again …. tapi jgn lupa kasi no akaun and berapa kos nya yaaa ….

2. menadahhidayah - November 18, 2008

Assalamualaikum

Tawaran di tutup. Buku TD:MHE yang ditawarkan di blog ini sudah ada pemiliknya.

Thank you

Rafei

3. kak idah - December 7, 2009

saya sudah baca..TD:MHE


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: