jump to navigation

Makan…makan…makan… Ramdhan dan Hari Raya September 25, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Bulan ramadhan kali ini, saya jaga makan betul-betul. Masalah gastrik yang teruk membuatkan saya perlu mematuhi cara makan dengan betul. Begitu kurang makan makanan berminyak, dan kuah kari atau kuah lemak tidak pernah sampai membanjiri suapan nasi. Mula-mula rasa ralat. Tapi lepas seminggu OK pula. Lantas ajakan rakan untuk berbuka di hotel ditolak dengan baik. Saya hanya makan sedikit.. campur waktu berbuka dan sahur, paling banyak dua pinggan nasi sahaja. Paling banyak nasi untuk sepinggan itu hanyalah dua senduk kecil, jika membeli nasi di bazzar, saya hanya makan separuh. Rugilah untuk membayar kos makan di hotel jika saya hanya makan sedikit sahaja.

 

Mengamalkan berhenti makan sebelum kenyang, bagus sekali, setiap gerakan bangun duduk solat itu rasa lancar tanpa rasa sebu melonjak di perut. Tapi saya bukan malaikat, ada sekali makan banyak juga.. terasa sebu menyesak perut. Kebetulan pulak semasa tazkirah, Ustaz memperkatakan tentang kesan quantity makanan ketika berbuka pada ibadat malam kita. Saya tersenyum sendirian. Terkena aku hari ini, salah sendiri, terlebih makan….

 

Untuk membantu masalah gastrik, saya mengambil ubat menahan asid ketika sahur.Susu penuh krim juga menjadi penutup setiap malam sebelum tidur dan sesudah sahur. Quaker oat sebanyak 3 sudu besar juga menjadi juadah sahur selain nasi. Kopi dan teh pula boleh bilang dengan jari, aroma kopi kegemaran di pejabat yang diminum oleh rakan-rakan sekerja bukan Islam di sambut dengan ucapan.. COBAANNN…. Anda pasti tau teh dan kopi harus di kurangkan dengan banyaknya di bulan puasa ini, ia kerana sifat deuratiknya. Ia menghalang penyerapan nutrien dan membuatkan anda kerap ke bilik air. Jadi di saat badan kita memerlukan nutrien ketika berpuasa, makanan-makanan yang boleh menghalang penyerapan nutrien ini perlu di jauhi.

 

Kini, penghujung ramadhan menghampiri, adik di kampung sudah memesan kek lapis, nasib baik tempahan sudah di tutup! Tetapi kerana tidak sampai hati, saya membeli juga kek hati pari, boleh tahan juga harganya. Tak kisah lah sekali sekala.

 

Macamana agaknya hari raya nanti. Saya sudah ada senarai juadah yang ingin saya makan!!! Tahun-tahun lepas secara konsisten, berat badan saya turun 2 kilo setiap kali selepas puasa. Tahun ini mungkin lebih. Tapi, nafsu makan di hari raya nanti mungkin menambah ukuran pinggang yang sedia lebar ini…

 

Melihat rancangan di televisyen, mereka mencadangkan agar memasak secara sihat, menggunakan low fat milk sebagai pengganti santan dan sebagainya. Mungkin mustahil, kerana yang memasak itu ibu-ibu kita yang sudah biasa dengan lemak-lemak kelapa yang berkolestrol itu.

 

Kunjugan kerumah saudara dan sahabat pula pasti menjadi kewajipan untuk menjamah hidangan. Kalau makan sikit, kena tegur pula, kalau makan banyak, lagi 5-6 rumah selepas ini harus kena kerja overtime perut kita tu. Kesian dia.

 

Jadi kita sajalah boleh merubahnya, makan sikit-sikit, rumah tu sikit, rumah ni sikit, kalau dulu ambil ketupat pulut 5 biji, kali ni ambil sebiji saja, sekadar rasa saja, jauhi air bikarbonat, mintalah air suam  saja, air batu kalau boleh elakkan juga, kerana menyukarkan proses penghadaman.

 

Kalau berkunjung kerumah sesiapa, berhati-hatilah memandu.. biar perlahan asal sampai, walau cliché pesanan ini, ia benar kan? Masa yang lama di jalan raya itu, kita berzikir-zikir lah. Insyallah kita boleh lakukan.

 

Ya itulah azam saya untuk Raya tahun ini, Untuk anda semua Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: