jump to navigation

Air Mata Baihaki August 24, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Pak Arif, seorang bilal dan siak di masjid Kampung Kempus-Kempus termenung panjang, sudah lama diperhatikan si Baihaki. Persoalan di benaknya banyak tidak terjawap. Hari ini, Pak Arif nekad ingin merungkaikan persoalannya itu.

 

Melihat Baihaki duduk ditangga masjid, asyik merenung liuk-liuk daun nyior dengan pandangan yang jauh, Pak Arif mendekati. Tahu benar Pak Arif, Baihaki akan duduk disitu beberapa waktu sebelum pulang.

 

“ Aki, Assalamualaikum..,” Tegur Pak Arif.

 

Baihaki mendongak dan menyambut salam Pak Arif, “ Waalaikumussalam,”

 

“ Aki, Pak cik nak tanya ni, Aki jangan marah yer,” Pak Arif menghulurkan sambil menghulurkan sarung tangannya pada Baihaki.

 

“ Tanya lah Pak Cik, Insyallah tak da apa yang nak di marahi,” sambut Baihaki sambil menolak lembut sapu tangan pak bilal itu. Baihaki lebih selesa menggunakan lengan bajunya. Baki-baki air mata di pipinya hanya disapu dengan tapak tangannya sahaja.

 

 “ Pak cik tengok aki ni lain dari budak-budak remaja yang lain, sembahyang Aki, tertib Aki, doa Aki… lain lah dari yang lain, itu Pak cik tak kisah sangat lah, tapi satu jer pak cik pelik sangat-sangat.” Pak Arif memulakan bicara.

 

Baihaki tersenyum tawar, matanya tunduk kebawah, “Saya ada buat salah ke Pak cik? Ada apa-apa yang tidak kena dengan solat saya ke pak cik?” Tanya Baihaki.

 

Pak Arif terseyum, di benaknya, kagum akan pertanyaan remaja di depannya ini, soalan yang terpacul dari bibir anak muda ini memang jarang-jarang terlintas difikiran sesiapa saja kalau ditegur tentang ibadahnya.

 

“ Bukan begitu, Pak cik selalu lihat Aki, iktikaf di masjid ini, berdoa dan menangis, Aki tak peduli orang lihat ke tidak, Aki seolah-olah terlalu kushuk, jarang anak muda seusia Aki dapat penghayatan sebegitu. Itulah pak cik nak tau apa rahsia Aki.” Terang Pak Arif sambik tersenyum dan mengosok-gosok belakang Baihaki.

 

“ Tak der rahsia apa pak cik, saya hanyalah hamba Allah yang berdosa. Terlalu besar dosa saya. Saya perlu doa sungguh-sungguh supaya Allah ampunkan saya.” Terang Baihaki.

 

“ Allah itu Maha Pengampun Aki, Pak cik percaya dosa-dosa Aki telah diampunkan, tak perlu lah Aki menangis selalu,” Terang Pak Arif.

 

“ Saya juga yakin Allah ampunkan dosa saya Pak cik, tapi…” Suara Baihaki tersekat-sekat.

 

“ Tapi… saya takut saya lupa balik dan kembali seperti dulu.” Perlahan Baihaki menyambung.

 

“ Pak cik juga tahu kan, saya selalu buat onar di kampung ni, jalan-jalan raya dikampung ni saya yang punya. Anak-anak dara mana yang tidak pernah saya usik, semua orang tahu. Semua orang benci saya, tapi saya tak kisah pun, keluarga saya pun bencikan saya, tapi saya tak kisah pun, sebab saya rasa saya kuat dan berhak nak buat apa yang saya suka. Kawan-kawan saya semuanya bangga dengan apa yang kami lakukan.” Baihaki mengimbau zaman silamnya.

 

“ Apa yang membuat Aki berubah?” Tanya Pak Arif.

 

“ Satu hari, pulang dari pesta merdeka di Kuala Lumpur, saya telah terlanggar seekor anjing lalu saya terjatuh dari motosikal. Lutut saya luka teruk, dan anjing itu terlantar tidak jauh dari saya, kepala saya terasa berat dan saya tidak mampu mengangkatnya. Pandangan mata saya ketika itu hanya dapat melihat si anjing yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Mata Anjing itu juga melihat saya. Perlahan-lahan matanya tertutup.” Cerita Baihaki.

 

“ Hanya satu terlintas difikiran saya ketika itu. Kalau lah saya seperti anjing itu, saya mati pada hari itu, saya tentunya masuk neraka.” Baihaki menyambung sambil juraian air mata bercucuran.

 

“ Apabila saya pulih dari sakit, saya terus menghadirkan diri ke masjid, semua orang pelik, keluarga saya pun pelik, tapi saya hanya diam apabila mereka mengusik atau memerli saya. Di masjid ini, saya mengikuti orang bersembahyang, walaupun semua bacaan sembahyang itu telah saya lupa, seminggu lamanya saya hanya mengikuti tungang-tunggik orang bersembahyang tanpa membaca apa pun. Dalam sujud itulah saya menangis minta Allah ampunkan saya dan tunjuki saya jalan yang lurus.” Sambung Baihaki sambil menyeka air matanya yang jatuh.

 

“ Perlahan-lahan, saya curi-curi membaca buku panduan bersolat adik saya hingga saya mengingati semua bacaan solat itu kembali dan juga terjemahannya. Berbulan lamanya saya mencuba. Tekad saya hanya satu, saya ingin bersolat sungguh-sungguh kerana Allah. Barulah saya temui kedamaian. Barulah saya temui nikmat yang tak pernah terfikir oleh saya.” Baihaki mengangkat muka dengan perlahan.

 

“ Kerana itulah saya tidak malu menangis ketika saya bersolat atau berdoa. Kerana saya malu pada Allah. Saya dulu begitu angkuh dan sombong pada Allah. Fikir saya solat dulunya untuk orang-orang alim sahaja. Fikir saya dulunya, solat tidak dapat memuaskan nafsu dunia saya. Fikir saya orang-orang yang mendekati Allah tidak maju hidupnya. Fikir saya  yang penuh dosa ini tidak layak bersolat dan mendekatkan diri pada Allah, lantas saya terus bermaksiat! Saya malu pak cik.” Jelas Baihaki.

 

Pak Arif mendengar dengan taat sambil mengosok-gosok belakang Baihaki.

 

“ Allah sayangkan saya sebenarnya, lalu dia berikan hidayah, melalui seekor anjing yang mati!” Sebak mula kedengaran pada lewat suara Baihaki.

 

“ Kini saya mula risau, takut-takut nikmat beribadah kepada Allah ini hilang kerana saya leka, hilang kerana saya rasa telah cukup saya beribadah kepada Allah. Demi Allah, saya tidak mahu kehilangan rasa cinta saya ini kepada Allah. Tidak jemu saya berdoa, agar Allah terus kurniakan cinta Allah kepada saya dan cinta hamba-hamba soleh Allah kepada Allah kepada saya.” Tersekat-sekat suara Baihaki menyambung cerita.

 

Pak Arif terkedu, sebak hatinya mendengar cerita anak muda di depannya ini. Hari ini Pak Arif belajar sesuatu yang baru, dari anak muda yang dulunya juga sering di sumpah seranahnya kerana onarnya. Cemburu juga Pak Arif, kerana anak muda ini dapat merasa nikmatnya beribadah kepada Allah. Dirinya sendiri ada turun naik semangatnya. Jauh di dalam dirinya, dia juga bertekad mahu berusaha mencari cinta Allah dengan bersungguh-sungguh. Pak Arif menanam tekad, dia mahu juga memahami terjemahan bacaan solatnya. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di benaknya selama ini. Di hati kecilnya. Dia berterima kasih kepada anak muda di hadapannya itu.

 

 

 

 

Comments»

1. Nor Syakeerah - August 29, 2008

Very touching story

It reminds me to re-check the quality of my Solat… how improved it has been as compared to the pass years… what have I done to improve?

This up-coming Ramadhan, I pray that Allah will still give me life and health to evalute my lifetime performance. And may He gave the strength to improve so that this Ramadhan is better than the previous.

2. malina_nur - August 30, 2008

pada mulenya…aku dah terbyang betapa boringnye crite mu ni..yela…banyak kali mu suruh aku baca crita mo..panjang lebar benor…tapi..kali ni..aku betul2 tabik lah kat mu…dah ada perkembangan mu ni nampaknya dalam bidang sastera..yang paling menyentuh jiwa aku bab anjing mati tu…best lah…ada unsur kehaiwanan…hehehe…

aku bagi ko 9/10 lah!..hehe..bagus2 ada perkembangan..
memandangkan Ramadhan nak hampir dah ni..sesuai lah aku rasa cerita ko ni buat peringatan kat aku yang lalai dan alpa nie..
apapun, Caiyo!!.

3. menadahhidayah - August 31, 2008

Ye Ye Ye… cikgu bagi 9/10.

Alhamdulillah. Yang baik itu dari Allah juga.

Yang ko tabik tu bukan aku, tapi itu Ilham Allah untuk mu juga. Semoga mendapat manfaat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: