jump to navigation

Aku untukmu – Nubhan AF6 vs Aku untukMu – Anda Akademi Akhirat. August 11, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Tulisan ini sekadar mengulas realiti, tidak bermaksud mengata, mahupun menuduh sesiapa penulis lirik, penyanyi atau mana-mana personaliti. Saya cuba melihat di sebalik sesuatu akan adakah nilai-nilai ketuhanan. Pastinya ada, cuma terpulang pada kita untuk menilainya. Disini, saya cuba olahkan balik lagu ini, cuba memasukan nilai ketuhanan.

 

Lagu ini, banyak kali dimainkan oleh seroang rakan mulanya, sampai saya bertanya, kenapa? Dia menjawab ringkas, lagu ini makin di dengar makin sedap jadinya, saya akui. Mungkin dari segi melodinya, liriknya, ia menarik hati.

 

Setelah mendengar beberapa kali, saya cuba mentafsirkan dlm bentuk lain, kalau cinta sesama manusia yang dicari oleh penulis lirik lagu ini. Bagaimana pula cinta kita sebagai pendengar pula kepada Tuhan kita? maka lahirlah, Aku untuk Mu- Bisikan anda sendiri untuk Akhirat kelak. Insyallah, semoga dengan garapan saya yang daif juga ini, semoga anda mendapat manfaat.  

 

Aku untukmu – Nubhan AF6 

 

Disana pungguk menanti,

Mengharap bulan membalas rindu dihati,

 

Disini aku berdiri,

Menunggu penuh dengan kesabaran,

 

Tanpa manis madah ,

Janji yang puitis ‘tuk persembahan,

Hanya ketulusan,

Sekeping hati suci,

 

Aku, berikan kasih,

Kalau itu yang kau mahu dari ku,

 

*Aku, berikan cinta,

Untuk membahagiakan hadir mu,

 

*Aku, sayang diri mu,

Biarpun nafas ku sampai terhenti.

 

*Akan ku kota janji kita…

Mendirikan taj mahal cinta

Seteguh kasih

Shah Jehan kepada Mumtaznya.

 

Terasa indah

Pabila berdua,

Semakin tiba saat bahagia,

Meraih cinta kita,

 

Ulang *

 

 

Aku untukMu – Anda Akademi Akhirat.

 

Disana pungguk menanti,

Mengharap bulan membalas rindu dihati,

Aku tahu sebenarnya si pungguk itu sedang berzikir,

Memuji sifat Allah yang Maha Halus (Al-Lathif) yang jelas terpancar pada cahaya bulan itu. Subahanallah.

 

Disini aku berdiri,

Menunggu penuh dengan kesabaran,

Di keheningan malam, ku gagahkan diri,

Beribadah dengan ikhlas kepadamu Ya Allah,

Aku pasti segala balasan kebaikan dan syurga yang dijanjikan oleh Mu.

Ya Allah, Yang Maha Menghargai ( Al-Syakur),

Biarlah manusia yang lain lena dibuai tidur,

Atau bergembira dengan hiburan dunia di konsert-konsert mahupun kelab-kelab malam,

Aku memilih untuk berdiri disini,

Mengadap Mu Ya Allah Yang Maha Pencinta (Al-Wadud),

Biarlah mereka mengata aku ini tidak moden,

Biarlah mereka mengata aku ini tidak kenal isu semasa,

Kerana manusia dan dunia yang ku puja pasti tidak akan dapat membalas cinta ku,

Kerana kelak ketika aku sudah tua,

Kerana kelak ketika aku sudah papa,

Mereka tidak lagi ingin menerima ku,

Namun dengan sifat Al-Wadud mu itu,

Senantiasa ada ruang untuk ku disisi Mu Ya Allah,

Alhamdulillah, Terima kasih ku tak terhingga padaMu Ya Allah.

 

Tanpa manis madah ,

Janji yang puitis ‘tuk persembahan,

Hanya ketulusan,

Sekeping hati suci,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,

Justeru, ku panjatkan penghulu segala istighfar kepada Mu,

Mengakui dosa-dosaku selama ini,

Dosa-dosa yang aku ketahui mahu pun yang tidak ku ketahui,

Sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina, Ya Allah,

Janganlah Engkau balik kan hati ku ini,

Setelah Engkau tunjukki aku jalan yang lurus,

Berikan kami rahmat disisi mu,

Sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pemberi (Al-Wahab)

 

Aku, berikan kasih,

Kalau itu yang kau mahu dari ku,

Astarfirullah,

Tidak, sesungguhnya akulah hambaMu Ya Allah.

Aku akan mencuba sedaya ku juga untuk mencintai Mu Ya Allah.

Sesungguhnya diri ku ini jualah mendambakan kasih Mu Ya Allah,

Yang Maha Penyayang (Al-Rahim).

Meski aku lupa pada Mu, Meski aku leka dengan dunia,

KasihMu jualah yang harus ku cari.

Terimalah ibadah ku ini sepenuhnya, Ya Allah.

Ampunilah dosaku seluruhnya, Ya Allah.

 

 

*Aku, berikan cinta,

Untuk membahagiakan hadir mu,

Astarfirullah,

Tidak, sesungguhnya cintaMu itulah yang membahagiakan ku.

Kerdilnya aku ini,

Tidak akan pernah, akan apa jua yang ku lakukan,

Akan menjejaskan Mu Tuhan Yang Maha Agung (Al-Adzim),

Jika aku menyintai Mu Ya Allah,

Itu semata untuk kebaikan diriku yang hina ini jua,

Namun aku lalai dari mematuhi perintah Mu Ya Allah,

Cinta dunia lah yang selalu ku agungkan….

Harta dunia lah yang selalu ku utamakan….

Cinta manusialah yang selalu ku tagihkan…

Jika semua cinta dunia ini di khianati, aku kecewa dan merana,

Mungkin inilah akibatnya kerana membelakangkan cinta Mu.

Ya Allah, ilhamlah kepada ku agar sentiasa beribadat kepada Mu.

Ya Allah, ilhamlah kepada ku agar pekerjaan ku menjadi ibadah pada Mu.

 

 

*Aku, sayang diri mu,

Biarpun nafas ku sampai terhenti.

Ya Allah, jika tertulis aku untuk mencintai insan bernama manusia,

Biarlah sayang itu kerana Mu Ya Allah,

Jangan lah sayang itu melupakan aku akan perintahMu Ya Allah,

Jadikanlah si dia juga sayangi diri ku kerana diri Mu Ya Allah,

Jadikanlah kami saling mengingati agar lebih dekat kami kepada mu Ya Allah,

Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan agar dapat kami didiki zuriat kami,

Supaya zuriat-zuriat kami itu menjadi insan soleh dan solehah.

Supaya bila kami menutup mata ke alam barzarkh,

Dapat kami iringi dengan senyuman,

Mengetahui tanggungjawab yang Engkau beri telah kami tunaikan sebaik mungkin,

Dan kami tinggalkan zuriat kami sebagai penyambung,

Penyambung kelangsungan dan keindahan Islam,

Sebagai panduan dan bukti kasih dan sayangMu, Tuhan yang Maha Agung,

Agar manusia-manusia lain dapat merasainya juga Ya Allah.

Seperti tabah dan sabarnya Rasullullah dan para sahabatnya,

Menyebarkan ajaran mu tanpa kenal jemu,

Berkatilah jasa-jasa mereka yang telah memungkinkan kami kini merasai,

Merasai dan menikmati kasih dan sayangMu Ya Allah.

 

*Akan ku kota janji kita…

Mendirikan taj mahal cinta

Seteguh kasih

Shah Jehan kepada Mumtaznya.

Ya, inilah yang menjadi pujaan manusia kini,

Aku sesungguhnya ingin mengotakan janjiku kepadaMu Ya Allah,

Janjiku untuk mentaati segala perintahMu Ya Allah,

Janjiku untuk menjauhi segala laranganMu Ya Allah,

Mendirikan istana cinta sebenar di hatiku,

Seteguh kasih,

Rasullullah S.A.W kepada Penciptanya.

 

Terasa indah

Pabila berdua,

Semakin tiba saat bahagia,

Meraih cinta kita,

Aku ingin merasa nikmatnya beribadah kepada Mu, Ya Allah.

Ketika aku berseorangan, berdua mahupun ketika aku bermasyarakat,

Agar setiap detik itu detik bahagia,

Biar derita di dunia, tapi aku bahagia,

Biar papa di dunia, tapi aku bahagia,

Biar mundur di dunia, tapi aku bahagia,

Biar hina di dunia, tapi aku bahagia,

Jika senang di dunia, jiwaku bahagia,

Jika kaya di dunia, jiwaku bahagia,

Jika maju di dunia, jiwaku bahagia,

Jika ternama di dunia, jiwaku bahagia,

Bahagia kerana aku dapat meraih cintaMu.

Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 

Ulang * (Ihsan, Solat, Puasa, Zakat, Haji)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: