jump to navigation

You tube: You can see for your self. (Lihatlah sendiri) July 19, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Terkejut apabila melayari you tube, terjumpa tajuk Nicole Queen: Convert after seeing Youtube videos on Islam.

 

Selepas melayari beberapa video saya terharu, banyak paparan di You tube yang berkisar tentang Islam. Paling menarik bagi saya ialah melihat rakaman video tentang mereka yang memeluk Islam dari pelbagai latar belakang dan kaum.

 

Terfikirkah anda, apabila dikatakan hampir 20,000 warga amerika menganut ajaran Islam setiap tahun. Dianggarkan lebih 7 hingga 8 juta warga amerika adalah muslim! Di You tube ada kisahnya.

 

Seorang saintis dari republik Czech juga memeluk Islam selepas 35 tahun tidak percayakan kewujudan Tuhan! Namun sikap ingin tahu nya tentang sains dan kajian selama 25 tahun, menyebabkan dia mengakui alam semesta ini terlalu teratur kejadiannya. Maka dia mencapai kesimpulan bahawa mesti ada Tuhan dan ia semestinya hanya ada satu Tuhan.

 

Pencarian lanjut di cari melalui bible dan Al-Quran. Dia mengakui kebenaran ilmu sains yang digambarkan di dalam Al-Quran tidak mungkin dijumpai ketika Al-Quran itu di tulis. (1400 tahun hijrah yang lalu). Lalu dia menyimpulkan bahawa Al- Quran tidak ditulis oleh seorang manusia bernama Muhammad (S.A.W), tetapi Al-Quran adalah bahasa Allah. Dan Muhammad (S.A.W) adalah pensuruh Allah.

 

Dan taip lah Budak 4 tahun lahir dari bukan Islam tahu mengenai Islam ataupun Child imam. Anda akan terkejut melihat kejadian ini yang tidak mampu dibuktikan oleh akal kita mahupun sains! Subahanallah.

 

Jika talian internet anda laju, saksikan Alam Roh: 2 jam mati hidup kembali. 8 paparan semuanya. Astarafirullahalazim. Ya Allah Jauhkan kami semua dari siksaan kubur dan api neraka. Amin.

 

Dengan informasi seperti ini, kita tidak nafikan bahawa terdapat ramai manusia sekarang ini, pada ketika ini, menganut agama Islam.

 

Bagaimana dengan kita? Islam kah kita sepenuhnya? Mari kita lihat petikan dari Al-Quran seperti dibawah.

 

 

سُوۡرَةُ النّصر


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣)

 

 

PERTOLONGAN

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (1) Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (2) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (3) Surah 110-Al-Quran.

 

Mari kita perhatikan keadaan negara kita sekarang ini, kes-kes sosial yang kian parah, mereka yang ingin keluar dari Islam semakin ramai, kes tidak percaya dan fitnah berprofile tinggi semakin menjadi-jadi. Setelah sekian lama perdana menteri malaysia tercinta ini adalah orang Islam dan agama rasminya adalah Islam. Namun, ramai yang menentang undang-undang Islam itu sendiri. Pening kita dibuatnya tambahan dengan kecelaruan dunia politik dan tingkah laku wakil-wakil yang kita pilih di parlimen.

 

Apa sudah jadi? Mari semua, kita bertaubat kepada Allah, kita dekatkan diri kita kepada Allah. Sesudah itu kita jadikan matlamat hidup kita untuk beribadat kepada Allah. Kita mungkin tidak boleh merubah sesiapa saja pemimpin kita itu. Tapi kita tentu mampu merubah diri kita, kelak kita didiki anak-anak kita sendiri kejalan Allah. Kerana satu hari nanti anak-anak kita itu lah yang mungkin menjadi perdana menteri. Mahukan kita melihat anak-anak kita itu bersikap seperti pemimpin kita sekarang?

 

Perubahan itu bermula dari anda, mulakan sedikit-dikit, namun berkekalan dan teruskan perubahan kearah kebaikan- Semoga diberkati Allah.

 

Mari kita solat hajat malam ini, dan doakan kita semuanya, terutama pemimpin kita kembali kepada Allah. Dan mohon agar Allah kurniakan kita pemimpin yang mampu memandu kita kejalan Allah. Ya, pasti ini lagi baik dari kita turut terlibat dalam fitnah yang dilemparkan dewasa ini di dada-dada akbar sehingga kita sendiri keliru mana satu yang benar. Justeru marilah kita sama-sama mohon Ampun pada Allah… mari…

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: