jump to navigation

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Karangan Prof. Muhd Kamil Ibrahim. July 13, 2008

Posted by menadahhidayah in Review Buku.
trackback

Kau baca buku ni bagus!!! … siap masuk majalah tiga lagi” Itulah kata-kata Ghaz suatu ketika dulu pada aku. Ketika itu aku tengah sibuk menghabiskan buku ‘You have got to read this book’ yang aku juga pinjam dari Ghaz. Belum sempat aku booking nak pinjam buku baru itu, Ghaz pulang ke ibupejabat di Kuala Lumpur! Aku ingat juga Ghaz bercerita susah untuk dapatkan buku itu. Walaupun di area Masjid India di Kuala Lumpur.

 

Bila Ghaz pulang ke Kuala Lumpur, buku itu tinggal nama saja di benak ku. Buku itu ialah ‘Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman’(THMSI). Karangan Prof. Muhd Kamil Ibrahim.

 

Dua kali aku outstation di Kuala Lumpur, benar seperti kata Ghaz, memang tiada buku itu. Habis di jual!!!!!!

 

Lantas aku tanya En. Google… manalah tau kot-kot ada di jual online. Aku temui yang lebih baik.. Blog penulis itu sendiri. Lantas terus ku hubungi penulis tersebut dan memesan sebuah buku. Buku itu sampai jua…..

 

Belum pun habis bab satu buku itu aku ketepikan…. Ayat-ayatnya menyentuh hati. Aku terbayang banyak dosa aku lakukan… lantas aku sebak.. tak dapat teruskan, lalu aku ketepikan. Minggu depan aku sambung lagi, sebak lagi tak tertahan. Aku ketepikan lagi selama sebulan!!!!!!

 

Bercuti di kampung halaman, aku berjumpa dengan abang sulung ku. Dia juga penggemar buku, Ku hadiahkan dia buku ‘The Secret oleh Rhonda Byrne’ bersama sebuah buku yang ditulis bagi mengulas bagaimana latihan praktik buku The Secret itu. Kata abang ku dia sibuk sekarang, banyak kerja, tak apalah buku itu nanti dia baca.

 

Lantas aku ceritakan padanya, Bacalah buku THMSI, bagus, penulisnya begitu begini… aku ceritakan panjang lebar. Dia seronok dan teruja. Lantas kuhubungi lagi Prof untuk memesan lagi buku THMSI. Kebetulan semasa buku itu belum pun sampai, abang aku telah pun mendapatkan buku itu dari sebuah kedai buku di daerah ku. Lantas dia suruh aku batalkan saja pesanan aku itu. Aku hanya tersenyum dan berkata,“Tak apa, buku lebih tu, simpan saja di rumah Mak, supaya adik-adik boleh baca.”

 

Pulang dari kampung halaman, selepas seminggu di daerah mencari rezekiku, aku menelefon abang ku. Dia kata dia dah habis baca buku THMSI. Bila aku tanya berapa hari dia ambil masa, dia kata dua hari! “Habis tu, buku the secret tu dah habis baca ke?,”Tanya ku, dia menjawab, “nanti dulu la, sibuk sekarang banyak kerja.” Lantas dia terus bertanya aku, “bila nak pergi Haji? Pergilah” katanya. Aku tersenyum….. “Insyallah”..kataku

 

Aku teruskan pembacaan THMSI, perlahan-lahan, baca dan letak, sebak sepanjang masa, simply because aku manusia berdosa! Garapan ayat-ayat THMSI begitu menusuk nurani ku. Aku menghabiskan THMSI sambil aku menonton Diari Akademi Fantasia musim ke 6!

 

Satu benda yang melekat di benak ku, Solatku selama ini, Kosong dan Tak sampai!!!!! Aku tidak menonton Diari Akademi sekadar untuk menambah bahan gosip untuk bercerita di pejabat keesokkan harinya. Aku suka melihat apa yang diajarkan, walaupun sampai hari ini, tidak kutahu apa itu pitch sebenarnya! Tapi aku faham apa itu tempo!

 

Justeru dari Diari Akademi, aku mendapat ilham yang solat ku selama ini adalah seperti sekadar buat saja, kurasakan tidak sampai apa yang ku solatkan kepada Allah. Harus aku gali lagi solat ku dan ku cari pengertiannya. Kenapa melalui diari ku perolehi ini?

 

Kerana pencarian aku untuk mendekati Allah telah berlegar di benak ku semasa aku membaca THMSI dua bulan sebelum aku menonton diari AF!

 

Jika kita mencari Allah, maka Allah akan pasti mengilhamkan kita di mana-mana sahaja. Walaupun ketika kita sedang merasa kasihan melihat seekor anjing mati di tepi jalan di langgar kereta. Mungkin ketika itu kita baru pulang dari parti dunia yang penuh dengan maksiat! Melihat anjing itu mati, terdetik di hati, kalau aku mati hari ini seperti anjing itu, aku tidak mungkin akan masuk syurga! Lalu apabila pulang kita membentangkan sejadah yang sudah dua tahun ditinggalkan dan sujud mengadap Allah lalu bertaubat! Hal ini agak pelik tapi tidak mustahil terjadi. Kerana sudah fitrah setia manusia di lahirkan begitu. (Penghuraian ini lebih lanjut di entri akan datang!)

 

Abang aku juga dalam perbualan telefonnya berkata, dia sempat rekomenkan buku itu kepada dua rakan nya. Kedua-dua rakan nya itu telah habis membaca dan berniat untuk mengerjakan haji dan umrah. Ahamdulillah.

 

Seorang rakan ku, akan pergi melanjutkan pelajaran di UK. Lantas ku hadiahkan buku THMSI dan Sebuah Terjemahan Al-Quran (Versi Indonesia). Dia bertanya “Kenapa, kau beri buku dan hadiah macam tu kat aku?” Sambil tersenyum aku ceritakan pengalaman aku membaca THMSI dalam kepayahan (3 bulan lamanya baru aku mampu menghabiskannya) dan ilham dari AF6!

 

Pulang saja sebelum sampai dirumah ku, sedang aku menunggu rakan untuk mengambil aku di airport, satu sms masuk, rupanya kawan ku yang aku jumpa semalam. Dia berkata, “aku baru baca buku ni suku, dah terasa macam nak pegi haji… Thank you.. Thank you.”

 

Besoknya, di pejabat aku serahkan buku THMSI kepada rakan sebelah kubikel ku (dia telah memesan buku itu kerana dia tahu aku akan ke K.L minggu lalu, dan dalam lawatan aku ke K.L itu, aku hanya membeli dua buku THMSI. Tapi aku harus mencarinya di dua kedai berbeza, kerana stau naskah yang ku perolehi dari kedai pertama adalah yang terakhir!!), rakan sepejabat ku itu yang baru separuh membaca buku THMSI yang aku pinjamkan kepadanya, begitu gembira. Dia teruskan pembacaan melalui buku yang di pinjam dari ku itu. Apa yang menarik apabila buku baru yang dia perolehi itu, dia pinjamkan kepada rakannya.

 

Aku manusia berdosa, dosa ku ini terlalu banyak sehingga hatiku gelap. Ada peristiwa mengusik hati ku tahun lepas yang membuat aku tersedar bahawa Cinta Allah lah yang perlu di cari, Lantas aku temui THMSI, melalui seorang rakan yang suka membaca, dia berkongsi sesuatu yang begitu mengusik hati ku agar melihat semua ibadah yang aku selama ini kerjakan. Aku manusia berdosa, mungkin nasihatku, tidak mungkin menyentuh hati sesiapa, namun dengan adanya cerita THMSI aku dapat berkongsi bersama rakan. Kerana terbukti, banyak jiwa tersentuh kerana membaca buku itu.

 

Hebatkan penulis THMSI? Ya, Hebat sekali… tapi hebatnya bukan menagih riak, hebatnya bukan membina bangga. Hebatnya kerana ikhlas berkongsi pengalaman dia sebagai hambaNya yang mendambakan cinta suci dari Allah Yang Maha Mencintai.

 

Anda mungkin, tidak akan tersentuh apabila membaca cerita THMSI, kerana mungkin anda manusia Alim yang suci dan bersih. Tapi saya pasti, ada sedetik perasaan yang anda akan akui yang di ceritakan oleh Prof Muhd Kamil itu benar dan jujur – lantas anda mengangguk. Ketika anda menggangguk itulah, sedetik waktu itulah, yang mungkin kecil atau tidak signifikan bagi anda. Begitu signifikan dan besar buat saya khususnya sebagai Hamba Allah yang penuh noda.

 

Buku ini bukan khusus untuk mereka yang mahu pergi haji, kalau anda renungkan, perubahan pada Prof. bermula sebelum beliau pergi haji lagi. Justeru, jangan fikir, buku ini harus dibaca apabila mahu pergi haji ataupun umrah saja. Banyak pelajaran lain yang boleh diperolehi.

 

Kesyukuran pada Allah dipanjatkan kerana di dalam dunia yang melekakan ini, masih terdapat insan-insan tabah seperti Prof Muhd Kamil yang berkongsi rasa berdosanya dengan kita, lalu tidak lah dia riak apabila berkongsi bahagianya bersama kita apabila dia mendapatkan percikan cinta Allah Yang Maha Kuasa daripada ibadat yang dilakukannya.

 

Semoga kita semuanya mendapat hidayah Allah berterusan- Amin

 

Bagi mereka yang suka surfing, lawatilah blog penulis THMSI di http://muhdkamil.net/mystory/

 

Terima Kasih kepada:

 

1)      Ghaz kerana merekomen buku ini.

2)      Along yang memberi motivasi untuk menghabiskan buku ini.

3)      AF6 Khususnya Fauziah Nawi, Ogy, Adlin Aman Ramli. (tidak bermaksud menyokong apa-apa yang terlarang di AF6).

Terakhir tetapi sebenarnya yang terutama, Siapa lagi kalau bukan penulisnya Prof Muhd Kamil kerana usaha murninya

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: