jump to navigation

Kedatangan Rejab 1429H Friday the 4th of July 2008 July 4, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Entri kali ini juga didapati daripada forwarded e-mail seorang rakan, tidak diketahui kesahihannya, namun secara umum, Amalan yang dicadangkan adalah baik, Kita boleh amalkan dengan sepenuh ikhlas, tentang balasannya, kita berserah pada Allah. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita sentiasa-Amin

 

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini???.

BULAN REJAB

Pada Hari ini, 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah S.W.T. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH S.W.T, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia

mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH S.W.T

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi’raj (Sabtu, 30 Ogos

2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi

ALLAH S.W.T

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai

2008) maka ALLAH S.W.T akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan

menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan

dimakbulkan Allah S.W.T..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH S.W.T akan mengampuni

dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH S.W.T akan menambahkan pahalanya.”

 

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya

lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu

saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah S.A.W ke sebuah kubur, lalu Rasulullah S.A.W berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih,

kemudian beliau berdoa kepada ALLAH S.W.T. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya

Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH S.W.T, lalu ALLAH S.W.T meringankan atas mereka.”

 

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi Zat ALLAH S.W.T  yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH S.W.T, kecuali ALLAH S.W.T mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: