jump to navigation

Sembahyang atas kapal terbang?????? July 1, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Hal ini berlaku ketika aku dalam perjalan balik dari Kuala Lumpur menaiki pesawat. Selang beberapa baris didepan ku seorang Haji duduk disana, dia ku kenali, kerana salah seorang pengurus di jabatan ku.

 

Asyik aku membaca buku yang baru ku beli, aku terlihat Haji mengangkat jari telunjuk kanannya. Aku amati, rupanya dia bersembahyang…. Ku kerling jam di tangan, waktu maghrib sudahpun masuk… Dari beberapa buku telah kubaca, terdapat perihalan sembahyang hormati waktu… hatta dalam satu buku pun, diajar bagaimana sembahyang ketika membawa kenderaan!! Walaubagaimanapun buku itu turut menasihati supaya memberhentikan kenderaan dahulu dan sembahyanglah kerana tidak sampai pun 5 minit. Namun ada kemuskilan dan tidak ku tahu pada siapa mahu ku tanya.

 

Hari ini, aku bersolat jemaah bersama Haji, selesai solat, aku bertanya perihalan sembahyang hormati waktu. Haji bercerita:

 

“ Sebenarnya ada dua, satu sembahyang hormati waktu, satu sembahyang darurat, sembahyang hormati waktu itu, tidak perlu ada air sembahyang dan tak perlu mengadap kiblat, sembahyanglah dalam keadaan kita ketika itu (samada berdiri atau pun duduk)”.

 

Aku mendengar dengan tekun bersama seorang rakan sekerja.

 

“ Tetapi setelah sampai ke destinasi, kenalah sembahyang semula dengan mengadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk” Sambung haji lagi.

 

“ Yang sembahyang darurat itu pula bagaimana, haji?” Aku bertanya.

 

“ Sembahyang darurat itu, dalam kita berwuduk dan mengadap kiblat, tetapi kita sembahyang dalam keadaan kita ketika itu (samaada berdiri atau duduk). Ini tak perlu diganti setelah sampai kedestinasi.” Kata Haji.

 

Secara ringkas juga Haji menerangkan sembahyang hormati jemaah. Katakan kita bersembahyang 4 rakaat dimasjid seorang diri, tiba-tiba ketika kita dalam rakaat kedua, datang satu kumpulan dan bersembahyang berjemaah. Selesai solat kita lihat jemaah itu masih berbaki tiga atau dua rakaat. Maka kita mengikuti jemaah tersebut dengan bersolat satu rakaat lagi. Mudah-mudahan mendapat pahala sembahyang berjemaah.

 

Alhamdulillah, dapat satu ilmu baru, seruan supaya bersolat apabila masuk waktu walau dimana jua yang dulu ku anggap mustahil sebenarnya ada cara perlaksanaannya. Cuma jarang sekali kita lakukan mahupun kita lihat orang melakukan.

 

Semoga dengan ilmu ini, dapat kita praktiskan bersama semoga lengkap solat lima waktu kita seperti yang diperintahkan oleh Allah. Amin

Comments»

1. Ghazali - July 1, 2008

Assalamualaikum ya Sahabatku Rafei …

Alhamdullilah … you are so inclined to find the right path …. I am so touchhhheeddd!!! Terharruuuu

Semuga Allah senantiasa melindungi mu dan menjagai mu ….

Nanti kalau aku jumpa email kau, aku akan forwardkan cara cara solat dalam kapalterbang.

Ada caranya ….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: