jump to navigation

Hadiah Berharga June 6, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
trackback

Entri kali ini ingin mengucapkan terima kasih sebenarnya kepada En. Ghazali Abd. Aziz , beliau telah menghadiahkan Mushaf Tajwid (Beserta terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia). Dua tahun dahulu, aku hanya tahu perkara ini daripada seorang kawan. Tidak ku tahu apa kelebihannya.

Mushaf ini amat bagus kerana ia mengandungi hukum Tajwid pada ayat Qurannya yang menggunakan warna-warna berbeza. Mad kadar panjang nya 6 harakat diwarnakan dengan warna perang manakala mad yang 4 atau 5 harakat diwarnakan dengan warna merah. Ikhfa’ ditandakan dengan warna hijau. Amat membantu buatku yang buta tajwid ini.

Kalau tak silap, Mushaf ini berharga sekitar RM130 di kedai buku sekitar Jalan Tunk Abd Rahman di KL. Besarnya sedikit kecil dari saiz A4. Ada juga version kecil, malah lebih kecil dari saiz separah A4. Harga dalam lingkungan RM60. Tetapi terjemahan ia menggunakan Bahasa Indonesia.

Terfikir oleh ku, selama ini kalau kita membaca Al-Quran, kita hanya membaca sahaja tanpa mengambil tahu apa isi kandungannya. Sehebat mana hafalan kita pada surah-surah lazim, berapa surahkan yang kita fahami maksudnya?

Aku alpa, malah surah-surah lazim pun hanya 2-3 kerat sahaja yang dihafal. Itu pun tidak ku faham maknanya.

Lantas disini aku ingin lontarkan idea, supaya dapat kita fikirkan bersama. Boleh dijadikan Mushaf ini sebagai hadiah perkahwinan ataupun salah satu hantaran atas dulang hantaran. Telah ku mulakan kepada seorang sahabat ku. Semoga dia beroleh manfaat. Ku hadiahkan surat-surat cinta dari Pencipta setiap manusia, mudah-mudahan dengan menghayatinya dia menjadi hambaNya yang solehah.

Untuk En Ghazali (http://ghazaaz.blogspot.com/), Terima kasih tak terhingga, semoga hidup anda sekeluarga sentiasa diberkati Allah. Amin.

Comments»

1. zaki - June 18, 2008

aku ada beli..tapi tak de plak aku baca..sekali aja kot. masa nak beli tu berkobar kobar..teruk punya manusia la aku ni..

tajwid aku pun lintang pukang…macam mana tu..

2. Rafei - June 19, 2008

Tak per la Zaki, asalkan ada… Esok lusa tergerak hati boleh la baca.

Kita wat camni nak? Lepas surah Al-fatihah masa solat kita baca surah Lazim kan? So apa kata kita start dengan at least 2 surah lazim… kita hayati dulu maknanya, Tajwid tu kemudian. Tapi kalau boleh buat tajwid terus bagus juga.

So bila kita wat camni, at least masa kita baca surah tu masa solat, kita faham maknanya, so macam ADO makna sikit bila kita solat tu, kita faham apa kita baca… Jangan lupa pahami makna Al-fatihah sekali yer… OK kita mulakan…

Aku.. nak mula dengan Suarah Al-Zalzalah, An-nas dan Al-Fatihah. Jum Mula…

P/s: Aku ni tak pernah peduli makna2 bacaan ni semua, patutla aku rasa selama ni solat aku macam asal buat saja… malu aku weh… so aku nak mula cam ni la sikit2.. jum la join.

3. zaki - June 19, 2008

kalo bole ko faham bebetul surah Al ikhlas..Al Kafirun.. aku dulu penah hafal..tapi sekarang ni semayang pun kadang2 miss..

aku nak jadi baik..tapi susah sgt ke?..kenapa manusia ni ingat dia terror sgt…sekali Allah jentik..terus padam…tapi masih gak tak sedar.

4. Rafei - June 19, 2008

Insan, asas katanya ialah Sanaa’ (kalau tak silap), maksud dia lupa… so, adatla tu lupa2 ni.

Kalau Allah zahirkan zatnya, zahirkan syurga dan neraka, sure semua manusia tak wat apa dah selain ibadah.

Sebab tu syurga neraka itu Hak Allah, sembahyang tunggang tunggik tak buat kerja lain pun, kalau allah tak berkatkan dan tak redha syurga maka tak dapat.

Tapi kalau tak sembahyang, tak nak perbaharui lagi la mana nak dapat.

Entah la, cuma sekarang ni , duk insaf sebab qualiti solat aku bukan makin improve, tapi makin merosot. malah lagi teruk dari zaman sekolah dulu2.

So itulah nak kembali ke jalan yang betul balik, mudah2an dipermudahkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: