jump to navigation

Ketukan Pintu August 19, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Tok… tok.. tok… ketukan pintu perlahan kedengaran…

Zul menyangka itu ketukan rumah sebelah….

Kerusi empuk ruang tamu di henyaknya….

Tangan kirinya mencapai mini conneto, tangan kanannya meletakkan Jus Mangga 1 liter itu di meja kopinya.

Seperti selalu, 3 kali seminggu, hari itu di penuhi dengan episod “Movie Marathon”. Paling tidak 3 movie ditonton tanpa henti.

Eh lupa, detiknya hatinya, buah anggur dan oren di dalam peti ada lagi….

Kembali ke ruang tamu, ketukan tadi kedengaran lagi… kali ini kuat sedikit…. ahhh siapa pulak tu.

Pintu di buka, Hmmm.. tiada sesiapa pun….

Hembusan angin..membawa lembaran ini….

tawaran-hebat

 

Zul, mengambilnya, dan tersenyum sinis….. alahhhhh….. bentaknya….

Alamak… movie aku….. sempat dia mengerling jam di dinding…. dan di jam itu juga tertulis 28 Syaaban 1430H.

Fast Forward: Satu Syawal August 10, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Amin… (Instanbul, Turki)

Angin berhembus nyaman di taman ini, dedaun berjatuhan membuahkan pandangan indah musim luruh ini,

Aku bersendiri… dan pagi ini adalah satu Syawal.

Benak ku berlagukan lagu Sudirman yang merenggut rasa amanku.

Diluar sedar, aku menitiskan air mata. Inilah kali pertama aku merayakan satu Syawal di perantauan meninggalkan jauh ibuku di bumi Malaysia.

Tanpa diduga, aku bersendu, air mata jatuh bagaikan tiada henti, seperti budak kecil aku meratapi kesunyian aku dan ketidak-beradaan aku disamping ibu tercinta.

 Apalah nasibku ini, demi tugas… ibuku ku tinggalkan sendirian, aku anak durhaka… DURHAKA!!!

Ibu… (Pontian, Johor)

Takbir bersahut-sahutan… kanak-kanak berlagu riang pulang dari Masjid.

Langkah kakiku yang tua ini makin perlahan, senyuman girang dan salaman jemaah masjid tadi, tidak mampu lagi membekalkan ceria.

 ibu_mandani_harmanto

Amin, anak tunggalku, nun juah di rantauan.

Haji Badar, suami ku telah empat bulan di alam barzarkh.

Fikirku, menjadi buntu, tergiang-giang lagi suara Amin, semalam dihujung talian memohon ampun maaf. Tapi, dalam redhaku Amin tiada disisi, aku amat sedih….

 Satu Syawal aku sendiri… tidak seperti mereka yang lain.

Allah!!!!… sekonyong-konyong penglihatan ku menjadi gelap.

Qalbu… (Di dalam raga)

Hu… hu … hu… tangisan aku yang tak pernah henti sejak takbir bergema. Ramadhan telah pergi… ramadhan telah pergi…… mungkinkah berjumpa lagi?

Melihat mereka bergembira di bulan syawal, aku menjadi buntu… apakah yang mereka rayakan?

Tidak kah mereka sedih kerana ramadhan telah pergi? Apakah yang mereka rayakan di bulan Syawal ini? Sedang Ramadhan mereka hanya pandang sepi?

Barakah Ramadhan diselimut dengan kelalaian….Aku tidak mengerti…

Durhaka kah anak kerana satu syawalnya tidak berada di kampung? Perlukan menjadi durhaka jika Syawal jauh dari orang tua?

Insan, dimana pun kamu berada, kamu tidak pernah sendiri, bukan kah Allah sentiasa dekat denganmu?

Insan, jika kau ingin keampuan Allah sepanjang sebulan ramadhan, janganlah cemari dengan menganugerahkan dosa pada anak-anak mu di satu syawal.

Insan, anak-anak yang jauh mungkin tidak kembali bersama di satu syawal, tidak mengapa… Allah ada bersama mu.

Mereka yang lain, sudah rezeki mereka beraya bersama anak-anak, cucu dan cicit mereka.

Tetapi kamu, masih bersisa masa untuk kamu melangsungkan istiqamah Ramadan di bulan syawal. Kamu tidak terleka oleh hilai tawa, dan juadah yang menyesakan perut… tetap masa kamu penuhi dengan zikir dan sujud diatas sejadah.

Ah.. Indah bukan kesepian mu diwarnai dengan zikir dan munajat pada Allah? Bukankah itu anugerah?

Mereka, mungkin terlupa pada tuhan seketika, dek alunan lagu lebaran yang lunak, dek manis juadah yang membuat mereka malas dan lupa pada Tuhan. Begitulah melalaikan perhiasan dunia.

Jadi tidak perlu bersedih bukan… Ingatlah Allah senantiasa dekat. Maka, mendekatlah pada Allah dikala hatimu direnggut hiba.

Ibu… (Pontian, Johor)

Aku tersedar dan nafas ku berhela pendek, termengah-mengah aku bangun,

 Ahh…. Alhamdulillah … aku tidak apa-apa… mungkin kesedihan tadi menyebabkan aku pitam seketika. Masih jelas, rintihan qalbu itu tadi… sepertinya terngiang -giang hingga kini…

Alhamdulillah… aku tidak gundah lagi… Alhamdulillah…

Al-fatihah, ku baca perlahan, sambil ku sedekahkan buat Amin… semoga tidak hiba dia disana, semoga jika sedih bertamu dihatinya, cepat-cepat dia sedar dan memanjat zikir pada Tuhan.

Al-fatihah, ku sedekahkan buat arwah suami tercinta, agar di jauhi siksaan kubur dan selamat hidupnya di akhirat nanti.

Amin… (Instanbul, Turki)

Tangisan ku beransur reda… seperti terdengar suara , “Nak, sabar… banyakkan ingatkan Allah, jangan terlalu ikutkan perasaan, Allah Maha Berkuasa dan penentu segala.”

Ohhh, seperti bisikan suara ibu…. Mana dia? Aku berpusing….. suara itu hilang….

Namun tersergam indah, masjid biru dihadapan ku… hati ku berdebar…….. teratur langkah ku tanpa sedar menuju ke masjid itu. Dalam benakku akur, kepergian ramadhanlah yang perlu ku tangisi…

Al-fatihah buat ibu dan arwah ayah, semoga keduanya diredhai Allah kehidupan meraka di dunia dan akhirat.. Amin Ya Robbulalamin.

blue%20mosque

Aku|ukA July 26, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
Tags: ,
add a comment

AkuUnggul Kah Aku?

Untung Kah Angkuhku?

Untung Kah Anganku yang panjang?

Untung Kah Angauku pada dunia yang tak berpenghujung?

Untung Kah Angka umur ku yang tidak ku penuhi dengan bekalan akhirat?

Aku adalah cerminan U.K.A

Utamakan Kesibukan Akhirat

Ulang Keikhlasan Amal

Ujub Kanku Atasi

Uzur Kan jadi Azam

Untung-untung Kandirahmati Allah

Insyallah…

Aku Kan Ungguli Ulangi Kerana Allah

sujudtaubat

Untuk Ariff: Interview Idolanya July 18, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Laungan Azan untuk Ariff July 18, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Ariff Rifqi, my nephew (8 years old) entered Azan competition few weeks back, he didn’t win. But I’m proud of him. Go Ariff.

Attached is his idol, Adik Muhammad Bin Ahmad Zahid (15 years old)

Why do Americans embrace Islam? July 18, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Post Sept 11, we did see how westerners label muslim as a terrorist! But not all if i can say that… let find out why…

and here is another one…

Word & Number Repetitions in Holy Quran June 29, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
1 comment so far

Subhanallah… I’m still speechless even after I watch this many times…

Penghijrahan Malek Noor June 22, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
1 comment so far

Artikel yang aku perolehi melalui e-mail ini, menyentuh rasa. Bagaimana pula dengan kita? Baik sangatkah kita? Jika kita tidak berbuat jahat, elokkah sudah amal ibadat kita? Jika tidak kita tinggalkan puasa bulan ramadhan, selalukah kita puasa sunat isnin & khamis? Jika tidak ketinggalan kita menunaikan solat lima waktu, tidak kah kita mau berjemaah lima waktu? Alhamdulillah… Allah telah memberi hidayah kepada Malek Noor. Semoga Allah juga memberikan hidayah kepada kita agar subur iman kita semua, agar diredhai Allah kehidupan kita semuanya di dunia dan akhirat… Amin.

 Penghijrahan Malek Noor
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

hi_03_1

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.
zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,”

Setahun Sudah June 20, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Telah pun berlalu, setahun  usia blog ini. Apakah hala tujunya? apakah kesan nya pada diri penulis?

Jawapan penulis: perjalanan dan pencarian ini akan diteruskan

Menara Kembar June 10, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
1 comment so far

Nota Kepala: 

Biasa Nota Kaki, tak per, dalam blog ini ada Nota Kepala, Penggunaan Menara Kembar dalam entri ini adalah hanya sebagai olahan penulisan untuk menggambarkan kejayaan dunia. Tidak bermaksud untuk merujuk kepada mana-mana syarikat sama ada wujud ataupun tidak. Sila hayati maksud penulisan ini dengan mata hati. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

PA055953_640x480_34613448_std

Sejak aku mencari pekerjaan….

Kesungguhan aku utamakan….

Mendaki puncak kerjaya…

Masa lapang ku korbankan…

Biarpun pulangannya bukanlah durian runtuh…

Namun cita-citaku bukanlah pendek jalannya…

Suka duka aku tempuhi…

Pahit maung aku gagahi dan aku telan dengan senyuman…

Mendongak ke atas…

Hati mengental…

Azamku tersemat kukuh…

Jika masa mereka yang lain 8 jam di menara ini, masaku 28 jam…

Jika hujung minggu mereka berlibur, aku tetap senyum bertugas di menara…

Peduli apa…cita-citaku jelas! Menjadi yang terbaik.

Biar apa halangan..akan tetap ku redah…

Biar ku jatuh berkali…tetap akan ku bangun dan berlari…

Hari ini, sepucuk surat aku terima,

Senyum lebar menjadi mukadimah,

Inilah perlantikan yang aku nantikan,

Pasti membawa aku maju mendaki menara ini lagi,

Tiba-tiba rasa pedih menjerut dada,

Surat itu rupanya membawaku ke bawah,

Untuk mendiami Menara Kembar ini pula.

Helaan nafas ku makin pendek…

TOLONGI AKU… aku belum bersedia!!!

-AL-FATIHAH-

33SUNP0069