Qunut panjang ke qunut pendek? May 23, 2009
Posted by menadahhidayah in Makna Bacaan Solat.add a comment
Siapa tidak tahu kisah qunut panjang ke pendek? Cerita jenaka yang mengundang ketawa… namun habis ketawa, diri malu sendiri… bacaan qunut ketika solat subuh tidak diketahui maknanya.
begini maknanya,
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Antara 2 sujud May 12, 2009
Posted by menadahhidayah in Makna Bacaan Solat.add a comment
Perhatikan… makna bacaan antara 2 sujud ini, sungguh indah… justeru marilah sama-sama kita mengambil masa untuk membaca bersungguh-sungguh walaupun ketika bersembahyang sunat.

Ya Allah, Ampunilah daku,
Rahmatilah daku, Kayakanlah daku,
Angkatlah darjatku, Rezekikanlah daku,
Berikan aku hidayah, Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku

Makna Bacaan Al-Fatihah December 23, 2008
Posted by menadahhidayah in Makna Bacaan Solat.add a comment
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.