jump to navigation

Pemergian (Ramadhan 1430H) September 9, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Ya Allah… hamba mu datang menyahut panggilanMu…

Ya Allah…hamba mu datang menyahut panggilanMu…

Sesungguhnya segala puji-pujian, Dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu,

Yang tiada sekutu bagiMu

Ya Allah…ku kerjakan ibadat ini hanya kepada mu Ya Allah…

Ku tanggalkan segala perhiasan dunia, segala pangkat dan perhormatan dunia…

selipar_jipun

 Ku baluti diri ku dengan kain putih umpama kafan…

 Tiada wangian mengharumi kerana bagi Mu…

Penilaian hanyalah berdasarkan taqwa…

Ya Allah… berpusing aku melawan kitaran jam, sambil berdoa dan berzikir,

Dirumahmu ya Allah… dirumahmu ya Allah…

Tujuh kali, semoga dengan rahmat Mu maka aku digolongkan dikalangan penghuni syurga firdaus…

Semoga qalbu dan fizikal ku terdidik, agar mematuhi suruhan Mu jua…

Seperti pematuhan sekecil-kecil zarah atom hingga sebesar-besar galaksi….

Itulah kejayaan dunia yang sebenar-benarnya.

Ya Allah… berlari-lari kecil aku antara dua bukit,

Yang sebuah berlambang kasih sayang dan sebuah lagi adalah pengharapan,

Seperti Siti Hajar meninggalkan anaknya untuk mencari air…

Digunakan kudratku sepenuhnya dengan harapan apa dihajati dapat dijumpai…

Namun, hanya Engkau yang Maha Kuasa…

Rezeki diberi ditempat itu juga….

Celakalah diriku yang sering lupa berdoa kepadaMu,

Celakalah diriku yang sering menganggap apa saja ku dapati hasil dari jerihku semata.

Ya Allah… cebisan rambutku jatuh dari guntingan,

 Jadikanlah ia cahaya yang menyinariku jua di akhirat kelak.

Sudahkan aku bersedia fizikal dan mental?

Pertanyaan yang sering mengundang jawapan … tidak…

Kerana,

Bergunung dosa aku pikul dipundakku… dari onarku jua…

Hatiku buas dan liar dengan perlbagai rancangan kotor berbaur dosa…

Hati ku menggunung riak dan bangga atas kebaikan yang tidak seberapa…

Minda ku sering berkata, kalau hendak.. halalkan cara…

Minda ku sering berfikir, kalau hendak seribu daya…

Minda ku sering bernoktahkan, kau menuai apa kau usahakan…

Aku mengagungkan dunia seperti aku akan hidup melangkaui seribu tahun….

Demikian sombong diriku ini melupaiMu dalam kehidupanku Ya Allah…

Lalu, layakkah aku menjadi tetamuMu Ya Allah?

Telah terhitung didalam Al-Quran…

 Amaran siksaan mu di berikan peringatan oleh Mu 117 kali,

Namun….. Demi zatMu yang Maha Pengampun…

Pengampunanmu juga dihitung DUA KALI dari jumlah itu.

Maha Suci Mu Ya Allah…

Maha Suci Mu Ya Allah…

Maha Suci Mu Ya Allah…

Demi zat mu Ya Maha Pengampun itulah ku gantungkan sepenuh harapan.

Ya Allah, Ampunilah dosa ku seluruhnya,

Terimalah ibadahku sepenuhnya,

Jadikanlah aku hamba mu yang soleh,

Bantulah aku kerana aku ini… terlalu lemah aku untuk melawan nafsuku,

Cergaskan minda dan qalbu ku agar dapat aku sentiasa mengingatiMu biar apa pun jua keadaanku,

Kiranya ini ramadhan ku yang terakhir….

Matikanlah aku ketika aku sedang bersujud,

Sedang aku khusyuk memohon keampunan Mu,

Tuhan…. Yang Ahad, Yang Maha Pengampun.

Ampunilah aku Ya Allah dan kabulkan permohonanku..Amin.

Allahu robbi yassir, wala tuassir

Alhamdulillah…..

Pembaca, sudilah doakan agar saya mendapat Umrah yang mabrur… Terima kasih.

Kasih sayang dan Rahmat Allah semoga dilimpahkan jua untuk anda semua.

2874159133_720d4a1bbb

RON95 atau RON97 yang bagus? September 4, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
Tags: ,
add a comment

RON (1995)

  • Rajin beribadah…
  • Puasa tak pernah tinggal…
  • Berusaha bertarawikh di masjid…
  • Bersedekah , walaupun berstatus student…
  • Solat jemaah diutamakan…

 

RON 1997

  • Baru dapat bonus setelah setahun mula kerja.
  • Masih pinjam duit orang… hutang credit card bertimbun.
  • Puasa yang yok, nak entertain client kononnya.
  • Solat terawikh? well… RON said its TARAK WEH!
  • Solat… kadang-kadang eh… sorry… JAR R A   N     G – J  A  R  A  N G.

Itulah RON95 dan RON97! RON 09… RON berusaha keras memperbaiki diri… Insyallah…

Luahan hati,

Bairon Bin Baihaki a.k.a RON.