Cucur Pisang Lemak Manis Ibu August 25, 2009
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.add a comment
Perut terasa sebu, bacaan ketika solat terawih tersekat-sekat… angin keluar bertalu-talu, nasib baik keluar ikut atas bukan sebaliknya.
Mujur terawikh 8 saja…. imam pun bawak secara santai…. tapi pening kepala dan mengantuk memang tak tertahan…. apa pun kuliah ringkas tak pula sampai tertido….
Hmmm… tak leh jadi, esok… kena kawal lagi makan ni, tak leh jadi…..
Huh? apa kaitan isi entri dengan tajuk? ye… bila pikir cucur pisang lemak manis buatan ibu tu mesti pikir pasal makan makan makan makan makan kan? Tapi entri ni banyak citer pasal terawikh… so makanlah secara sederhana agar nikmat bila bertarawikh nanti.
Pemakanan Pada Bulan Puasa by Utusan Online – Shanaz Mawji August 22, 2009
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.add a comment
Apa kah bagusnya berpuasa itu:
- BERPUASA ialah menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa tertentu.
- Sebenarnya, ramai orang tidak menyedari bahawa berpuasa dapat mengatasi halangan utama, iaitu perasaan takut semasa ketiadaan makanan.
- Adalah cara paling berkesan menyucikan darah, organ dan semua tisu badan serta menolong mengelakkan kemerosotan badan secara pra-matang.
- Ketika berpuasa pada bulan Ramadan, kadar metabolik individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi.
- Secara amnya, berpuasa digunakan dalam bidang perubatan untuk pengurusan berat badan, menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan.
- Kesan fisiologi berpuasa Menurunkan paras gula dan kolesterol darah Menurunkan tekanan sistolik darah Memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan.
- Pada hakikatnya, puasa Ramadan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang sederhana dan stabil.
- Sebaliknya, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung koronari, batu karang, buah pinggang dan sebagainya dikecualikan daripada berpuasa. Mereka harus mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa.
Apa yang patut dimakan semasa bulan Ramadan?
- Semasa bulan Ramadan, diet kita sepatutnya tidak jauh berbeza daripada diet biasa dan seharusnya mudah dan ringkas.
- Diet tersebut sepatutnya membolehkan kita mengekalkan berat badan normal, tanpa menurunkan atau meningkatkan berat badan.
- Bagaimanapun, untuk individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk mencapai berat badan yang sihat.
- Panduan pemakanan dari seluruh dunia menitikberatkan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.
- Ini adalah benar terutama ketika umat Islam berpuasa dari waktu fajar sehingga waktu matahari terbenam pada bulan Ramadan.
- Untuk mencapai tahap kesihatan yang sihat, seseorang perlu mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan utama, iaitu roti dan bijirin, susu dan produk tenusu, daging, kacang dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Diet seimbang boleh memperbaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keadaan asid dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah pencernaan yang lain, serta menyumbang kepada cara hidup yang aktif dan sihat.
- Memandangkan jangka masa berpuasa yang agak panjang, kita perlu mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan, termasuklah makanan yang mengandungi fiber berbanding dengan makanan yang cepat dihadamkan. Makanan yang dihadamkan secara perlahan dapat bertahan selama 8 jam, sementara makanan yang cepat dihadam hanya dapat bertahan selama 3-4 jam sahaja.
- Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).
- Makanan yang mengandungi serat adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.
- Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas). Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.
- Makanan yang kita ambil haruslah seimbang dan mengandungi makanan daripada semua jenis kumpulan makanan, iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ayam/ikan, roti/bijirin dan makanan tenusu.
- Makanan yang digoreng adalah tidak sihat dan perlu dihadkan pengambilannya. Makanan ini boleh menjejaskan penghadaman, menyebabkan pedih perut atau heart burn dan masalah berat badan.
- Sebaik-baiknya elakkan: Makanan goreng dan tinggi lemak Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula Pengambilan makanan secara berlebihan.
- Makan dan minum ketika berbuka puasa Semasa berbuka, diet yang biasa haruslah diambil secara tetap.
- Mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala.
- Ambillah makanan karbohidrat kompleks (sila rujuk kepada senarai di atas) semasa sahur kerana makanan ini boleh bertahan lebih lama dan mengurangkan rasa kelaparan. Buah kurma adalah sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik. Kacang badam kaya dengan protein dan fiber serta mengandungi lemak tepu yang rendah. Pisang adalah sumber kalsium, magnesium dan karbohidrat yang baik.
- Mengenai minuman pula, pastikan anda mengambil air dan jus buah-buahan yang mencukupi antara waktu makan malam dan waktu tidur supaya tubuh anda dapat memelihara keseimbangan cecair tubuh.
Mengatasi masalah biasa ketika berpuasa
- Sembelit. Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan terproses secara berlebihan, jumlah pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi dalam diet. Elakkan pengambilan makanan terproses secara berlebihan dan tingkatkan jumlah pengambilan fiber dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet. Buah-buahan seperti pisang, betik, tembikai, prun dan sayur-sayuran berdaun seperti pucuk ubi, ulam, bayam dan kangkung membantu membekalkan fiber yang diperlukan.
- Sakit kepala. Biasanya dialami apabila seseorang berhenti mengambil kafein dan tembakau, kurang tidur dan kelaparan. Keadaan ini bertambah teruk pada hujung hari. Kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, bermula dengan satu atau dua minggu sebelum Ramadan. Pastikan anda cukup tidur untuk mengurangkan sakit kepala. Paras gula dalam darah yang rendah.
- Sesetengah orang yang berpuasa dan bukan pesakit diabetes berasa lemah, pening, letih, lesu, mengalami daya tumpuan yang rendah, menggigil, tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal, sakit kepala atau mengalami palpitasi (debaran jantung yang hebat). Ini mungkin merupakan simptom tahap gula yang rendah. Mengambil terlalu banyak gula seperti karbohidrat ringkas khasnya ketika sahur boleh meningkatkan paras insulin lalu menurunkan paras gula dalam darah. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa untuk membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Sebaliknya, ambillah buah-buahan segar dan jus buah-buahan tanpa gula sebagai sumber tenaga yang baik ketika berbuka puasa.
- Pesakit diabetes dan mereka yang menghidap penyakit tertentu mesti mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Penyelarasan terhadap ubat-ubatan, diet dan tahap aktiviti mungkin perlu dilakukan di bawah penyeliaan pakar-pakar perubatan sebelum berpuasa.
Mengikut kata-kata Otto Buchinger, seorang pakar perubatan dari Jerman yang fasih dalam `terapi berpuasa’, “Berpuasa merupakan kaedah rawatan biologi yang paling berkesan dan tidak dapat dipertikaikan. “Ia bukanlah setakat satu operasi pembedahan fizikal semata-semata, tetapi merupakan satu rawatan yang melibatkan pembersihan, pemulihan, pengembalian tujuan hala, pembebasan dan relaksasi yang tulen.
Ketukan Pintu August 19, 2009
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.add a comment
Tok… tok.. tok… ketukan pintu perlahan kedengaran…
Zul menyangka itu ketukan rumah sebelah….
Kerusi empuk ruang tamu di henyaknya….
Tangan kirinya mencapai mini conneto, tangan kanannya meletakkan Jus Mangga 1 liter itu di meja kopinya.
Seperti selalu, 3 kali seminggu, hari itu di penuhi dengan episod “Movie Marathon”. Paling tidak 3 movie ditonton tanpa henti.
Eh lupa, detiknya hatinya, buah anggur dan oren di dalam peti ada lagi….
Kembali ke ruang tamu, ketukan tadi kedengaran lagi… kali ini kuat sedikit…. ahhh siapa pulak tu.
Pintu di buka, Hmmm.. tiada sesiapa pun….
Hembusan angin..membawa lembaran ini….

Zul, mengambilnya, dan tersenyum sinis….. alahhhhh….. bentaknya….
Alamak… movie aku….. sempat dia mengerling jam di dinding…. dan di jam itu juga tertulis 28 Syaaban 1430H.
Fast Forward: Satu Syawal August 10, 2009
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.add a comment
Amin… (Instanbul, Turki)
Angin berhembus nyaman di taman ini, dedaun berjatuhan membuahkan pandangan indah musim luruh ini,
Aku bersendiri… dan pagi ini adalah satu Syawal.
Benak ku berlagukan lagu Sudirman yang merenggut rasa amanku.
Diluar sedar, aku menitiskan air mata. Inilah kali pertama aku merayakan satu Syawal di perantauan meninggalkan jauh ibuku di bumi Malaysia.
Tanpa diduga, aku bersendu, air mata jatuh bagaikan tiada henti, seperti budak kecil aku meratapi kesunyian aku dan ketidak-beradaan aku disamping ibu tercinta.
Apalah nasibku ini, demi tugas… ibuku ku tinggalkan sendirian, aku anak durhaka… DURHAKA!!!
Ibu… (Pontian, Johor)
Takbir bersahut-sahutan… kanak-kanak berlagu riang pulang dari Masjid.
Langkah kakiku yang tua ini makin perlahan, senyuman girang dan salaman jemaah masjid tadi, tidak mampu lagi membekalkan ceria.

Amin, anak tunggalku, nun juah di rantauan.
Haji Badar, suami ku telah empat bulan di alam barzarkh.
Fikirku, menjadi buntu, tergiang-giang lagi suara Amin, semalam dihujung talian memohon ampun maaf. Tapi, dalam redhaku Amin tiada disisi, aku amat sedih….
Satu Syawal aku sendiri… tidak seperti mereka yang lain.
Allah!!!!… sekonyong-konyong penglihatan ku menjadi gelap.
Qalbu… (Di dalam raga)
Hu… hu … hu… tangisan aku yang tak pernah henti sejak takbir bergema. Ramadhan telah pergi… ramadhan telah pergi…… mungkinkah berjumpa lagi?
Melihat mereka bergembira di bulan syawal, aku menjadi buntu… apakah yang mereka rayakan?
Tidak kah mereka sedih kerana ramadhan telah pergi? Apakah yang mereka rayakan di bulan Syawal ini? Sedang Ramadhan mereka hanya pandang sepi?
Barakah Ramadhan diselimut dengan kelalaian….Aku tidak mengerti…
Durhaka kah anak kerana satu syawalnya tidak berada di kampung? Perlukan menjadi durhaka jika Syawal jauh dari orang tua?
Insan, dimana pun kamu berada, kamu tidak pernah sendiri, bukan kah Allah sentiasa dekat denganmu?
Insan, jika kau ingin keampuan Allah sepanjang sebulan ramadhan, janganlah cemari dengan menganugerahkan dosa pada anak-anak mu di satu syawal.
Insan, anak-anak yang jauh mungkin tidak kembali bersama di satu syawal, tidak mengapa… Allah ada bersama mu.
Mereka yang lain, sudah rezeki mereka beraya bersama anak-anak, cucu dan cicit mereka.
Tetapi kamu, masih bersisa masa untuk kamu melangsungkan istiqamah Ramadan di bulan syawal. Kamu tidak terleka oleh hilai tawa, dan juadah yang menyesakan perut… tetap masa kamu penuhi dengan zikir dan sujud diatas sejadah.
Ah.. Indah bukan kesepian mu diwarnai dengan zikir dan munajat pada Allah? Bukankah itu anugerah?
Mereka, mungkin terlupa pada tuhan seketika, dek alunan lagu lebaran yang lunak, dek manis juadah yang membuat mereka malas dan lupa pada Tuhan. Begitulah melalaikan perhiasan dunia.
Jadi tidak perlu bersedih bukan… Ingatlah Allah senantiasa dekat. Maka, mendekatlah pada Allah dikala hatimu direnggut hiba.
Ibu… (Pontian, Johor)
Aku tersedar dan nafas ku berhela pendek, termengah-mengah aku bangun,
Ahh…. Alhamdulillah … aku tidak apa-apa… mungkin kesedihan tadi menyebabkan aku pitam seketika. Masih jelas, rintihan qalbu itu tadi… sepertinya terngiang -giang hingga kini…
Alhamdulillah… aku tidak gundah lagi… Alhamdulillah…
Al-fatihah, ku baca perlahan, sambil ku sedekahkan buat Amin… semoga tidak hiba dia disana, semoga jika sedih bertamu dihatinya, cepat-cepat dia sedar dan memanjat zikir pada Tuhan.
Al-fatihah, ku sedekahkan buat arwah suami tercinta, agar di jauhi siksaan kubur dan selamat hidupnya di akhirat nanti.
Amin… (Instanbul, Turki)
Tangisan ku beransur reda… seperti terdengar suara , “Nak, sabar… banyakkan ingatkan Allah, jangan terlalu ikutkan perasaan, Allah Maha Berkuasa dan penentu segala.”
Ohhh, seperti bisikan suara ibu…. Mana dia? Aku berpusing….. suara itu hilang….
Namun tersergam indah, masjid biru dihadapan ku… hati ku berdebar…….. teratur langkah ku tanpa sedar menuju ke masjid itu. Dalam benakku akur, kepergian ramadhanlah yang perlu ku tangisi…
Al-fatihah buat ibu dan arwah ayah, semoga keduanya diredhai Allah kehidupan meraka di dunia dan akhirat.. Amin Ya Robbulalamin.
