Haji Muda June 7, 2009
Posted by menadahhidayah in Review Buku.trackback
Ini adalah tajuk buku yang baru aku baca… ia menarik, penuh dengan tip-tip. Pembawaan buku ini santai, tidak seperti pembawaan THMSI. Pembawaan THMSI lebih kepada perjalanan emosi. Pembawaan buku ini, seperti membaca buku travel tips yang biasa kita ketemui ketika kita mahu ke China, Jerman dan lain-lain. Namun ingat, ia sama tapi tidak serupa…
Antara yang menarik, penulis buku ini mengetengahkan 3 sebab kenapa beliau perlu bertaubat ketika usia muda. Ringkasnya yang pertama adalah kerana kesedaran bahawa ketika menjalani liku kehidupan, kita tidak sedar kemungkinan kita mengangkah Tuhan selain daripada Allah. Nauzubillah… ini adalah logik yang kalau kita renungi, terlalu banyak benarnya. Asshadu – Allahilahaillallah, wa ashaduanna muhammadar rasulullah.
Yang kedua, amalan kita selama ini, tiada indicatornya. Kita tiada log book atau reportcard tentang amalan yang telah kita lakukan. Jadi bagaimana kita boleh selesa dengan amal kita selama ini sedangkan prestasinya kita pun tidak tahu.
Yang ketiga, semua maklum , syurga itu banyak peringkatnya, yang tertinggi, syurga firdaus! namun sejauh mana amalan kita semua kita perhebat dan kita perapikan untuk mengejar tempat di syurga firdaus ini? Ironinya, di dunia, kita bermisikan dan berusaha sehabis daya untuk mendapat status kehidupan yang berpangkat dan mewah.
Memanglah benar, kemasukan ke syurga itu adalah atas belas dan rahmat Allah jua. Namun apa yang di tulis oleh penulis seperti diatas banyak logiknya. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Cukup menarik juga apabila, penulis berkongsi cerita bagaimana beliau merancang kewangan untuk menunaikan Haji. Bagi saya..tip ini sangat-sangat berguna.
Selamat membaca.
Comments»
No comments yet — be the first.