jump to navigation

Apakah hujung takdirku? April 27, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
1 comment so far

3124557839_8bb7806b85

Apakah hujung takdirku?

Telah tertulis hidup ku melarat… apakah hujung takdir ku berat?

Telah terulis hidup ku di hina… apakah hujung takdir ku merana?

Telah tertulis hidupku cacat…apakah hujung takdirku melarat?

Telah tertulis hidupku keras kepala… apakah hujung takdirku potong kepala?

Telah tertulis hidupku ahli maksiat…apakah hujung takdirku tidak bertaubat?

Telah tertulis semuanya alif sampai ya…jadi mengapa kita peduli ya?

Terima saja apa yang ada…sudah begitu takdirnya…

Begitukah? Semudah itukah?

Lalu bagaimana?

Jika ku mau yang tertulis itu begitu… penghujungnya begini

Jika ku mau yang tertulis itu dosa..penghujungnya pahala.

Jika ku mau yang tertulis itu neraka…penghujungnya syurga. 

Bagaimana? Bagaimana? Kerana telah tertulis semuanya…..

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan-Nya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mengsucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah yang mengotorinya. – Al-Quran, Surah Asy-syams 91:8-10.

Inai di jari April 3, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
1 comment so far

inai

“Ha… dah siap pun, sayang ibu,” Si darah manis Atika mencium pipi ibu dan beralih ke kumpulan yang sedang menyediakan hantaran kahwinnya.

 Julia menghampiri ibunya dan duduk disebelah ibunya di katil pengantin itu. Tangan ibu yang baru berinai merah itu itu di gengam erat.

 Pandangan mata Julia bertembung dengan ibunya. Ada titis air mata membasahi pipinya.

 Ibu memeluk Julia, sambil bertanya “ Kenapa ni sayang…”

Julia menggelengkan kepalanya, “Tiada apa-apa bu, Cuma julia nak tahu, apa rahsia ibu sehingga kekal bersama ayah sebegini lama. Sedangkan Julia tidak pernah melihat ayah melayani ibu selayaknya sebagai seorang isteri… badan ibu tidak ada tempat pun yang tidak pernah dihinggapi sepak terajang ayah..” Titis air mata ibu muda ini mengalir dengan suaranya yang tersekat-sekat kehibaan.

“ Julia… sudah nak, jangan fikir bukan-bukan.” Ibu mengesat air mata Julia.

Di ruang tamu, Azman menghabiskan sisa rokok di tangannya. Bicara tentang pasukan bola MU bersama ayah mertuanya baru sahaja habis diperkatakan. Sesudah helaan nafasnya yang panjang, akalnya berkira-kira menyusun strategi untuk memberitahu rancangannya untuk bercerai dengan Julia selesai majlis perkahwinan Atika ini.

“ Ayah tak mahu kawin satu lagi ke?” Azman mengusik ayah mertuanya.

“Apa kau sudah gila…. buat apa… cukup lah emak kau tu sorang saja… biarpun ayah tahu, hati ibumu itu bukan sepenuhnya untuk ayah.” Perlahan ayah berkata sambil merenung ke luar.

“ Maksud ayah? Ibu curang? Sebab itukah ayah selalu memukul ibu?” kata Azman.

“Ibu mu tidak curang, Cuma hatinya bukan 100% untuk ayah. Bukan salah ibu mu, ayah yang bersalah. Wanita gila pun tidak sanggup bersama ayah yang panas baran ni. Tetapi ibu mu tetap sabar… emm… sudah la.. kau pernah pergi tengok F1 ke?” Ayah pantas mengalih tajuk bual.

“Err… pernah…” Azman masih kebingungan.

 ~~~~~~~~

“ Inai memerah di tangan ibu ini, tanda cinta yang membara ibu pada ayah. Seharum bunga mawar merah. Betulkan ibu?” Julia mengusik ibu sambil tersenyum.

Ibu merenung Julia sambil tersenyum…. “ mungkin …” balasnya pendek. “

Tapi perumpamaan sebenarnya… biarpun luka di hati sehingga darahnya memerahi jari seperti ini, tetaplah kehidupan rumahtangga ini ibu redhai, kerana masih dapat jari telunjuk ibu ini dilentikkan lebih lima kali sehari dan berkata Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Hanya padaNya Ibu gantungkan kehidupan ibu ini sepenuhnya di kala suka dan duka. Itulah rahsia ibu untuk pertanyaan Julia tadi.” Kata Ibu sambil merenung Julai dengan penuh kasih sayang.

Julia terpaku… plot fikirnya yang ingin memberitahu ibunya tentang rancangan perceraiannya dengan Azman menjadi kabur.