jump to navigation

Earth Hour & My Heart Hour 28 March 2009 March 25, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

60-hour

Earth hour, satu kempen untuk padamkan lampu selama sejam pada hari sabtu ini 28 March 2009 dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Ini adalah sokongan kita baginmenunjukkan kerjasama kearah usaha berterusan memerangi pemanasan global.

 

Maklumat lanjut dan jika anda ingin sertai di sini,  http://earthhour.org.my/

 

Tapi kan… apa kita nak buat yek dalam masa sejam tu? “Betul..betul..betul…”kedengaran suara budak kembar botak popular meyampuk!

 

Ha (1X) … apa kata kita extend earth hour ni kepada diri kita pulak…

 

“Huh? Nak buat apa? Jangan buat benda-benda tak senonohh!!!” Kedengaran pula suara seorang kakak yang garang.

 

Ha (2X) … apa kata, kita buat solat tahajjud dan solat witir at least. Kalau rajin boleh sambung solat taubat dan solat tasbih.

 

“Uh..uh..uh… Bagus cadangan tu.. sejuk perut ni mendengarnya”. Terdengar suara nenek menambah.

 

So jom sertai kempen Earth Hour dan buat untuk diri sendiri juga… tapi apa nak namakan kempen ni yek? My Heart Hour ok juga kan? Betul tak Upin?

 

“Ha (3X) .. Betul..betul..betul..” jawap Upin.

 

Selamat menyertai

Earth Hour dan My Heart Hour

 jangan lupa

28 March 2009

 8.30-9.30 malam.

Transformasi Telah berlaku? AF? Huh? March 13, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
Tags:
add a comment

Akhirnya, kiriman pos oleh Ghaz yang pecah tempohari, diganti oleh pihak Pos Malaysia. Air Zam-zam, 10 liter sampai jua. Semoga Allah berkati usaha murni Ghaz dan keluarganya dalam hal ini. Segunung terima kasih.

Entri yang lepas mengatakan tentang satu transformasi telah berlaku.. dan satu gambar turut di sertakan. Itulah gambar molekul air zam-zam. AF(Air Fantastik) ini telah berubah sifatnya di peringkat molekul dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Dilampirkan dibawah ini petikan perihalan itu yang diperolehi dari internet. Selamat membaca. 

Titipan bermula…

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.

Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

Titipan berakhir

SATU TRANSFORMASI : AF! March 11, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

SATU TRANSFORMASI

TELAH BERLAKU!

 

DAN IANYA SEPERTI INI…

 

 

molikiul_air_zam_zam

 

TUNGGUUU!!!

Maulidur Rasul : 1430H March 10, 2009

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
Tags:
add a comment

Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W dan keluarganya… selamat menyambut Maulidur Rasul, hayati 11 ayat pada surah Al-Mukminin untuk mengetahui akhlak nabi, semoga menjadi ikutan kita semua. Insyallah.

Al-Quran : Surah 23: Ayat 1-11 : ORANG-ORANG YANG BERIMAN
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (1) [yaitu] orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, (2) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari [perbuatan dan perkataan] yang tiada berguna, (3) dan orang-orang yang menunaikan zakat, (4) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (5) kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; [1] maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (6) Barangsiapa mencari yang di balik itu [2] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (7) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat [yang dipikulnya] dan janjinya, (8) dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. (9) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (10) [ya’ni] yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (11).

maulidnabi