Baldi Hijau di beting pasir January 27, 2009
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.2 comments

Baldi itu menggangu pandangan ku ketika aku menikmati pemandangan pantai nan indah. Beting pasir itu memutih memanjang sejauh mata ku memandang. Riak-riak air laut mengurut mesra beting pasir itu. Di dalam pelukan air laut yang jernih, di payungi langit membiru begitu menenangkan hatiku. Tetapi Baldi hijau itu menyakitkan pandangan ku.
Baldi hijau itu pengacau dan pencemar. Tempatnya bukan disitu, bukan di landskap alam yang terlukis indah. Baldi hijau itu tidak akan ada gunanya di situ. Menyusahkan saja… mengacau saja…..
Begitukah pandangan ku? Muktamatkan sudah keputusan ku?
Bagaimana pula dengan diri ku dan dunia ini sekarang, bagaimanakah perasaan ku dan dunia saat ini ?
Tentang apa? Tentang Baldi hijau itu?
Bukan… tentang Islam dan keberadaannya di dalam raga.
Dunia ini indah, dan manusia mempunyai hak total kepadanya. Seperti ingin menikmati keindahan beting pasir itu, air laut yang jernih dan langit membiru. Lantas jika ada sesuatu yang mengganggu ia adalah perompak keamanan dan kemajuan.
Seperti Baldi hijau itu. Manusia hanya membuat andaian berdasarkan pemikiran ceteknya dan pengalaman yang pendeknya bahawa Baldi hijau itu tidak layak disitu.
Cuba lihat dari perspektif yang lain, Cuba lihat di dalam baldi itu, adakah air didalamnya?
Cuba rasa air nya, masin atau tawar? tawar bukan? Bagaimanakah boleh air itu tawar sedangkan ia di kelilingi lautan di sekelilingnya? Mudah saja…. Air hujan!!!!!
Bagaimana air Hujan terjadi? Pernahkah difikirkan? Bagaimana proses sejatan, pengumpulan awan dan penurunan air hujan berlaku?
Aku tahu, lebih kurang, sedikit sebanyak. Iya, ia bukti kekuasaan Allah.. prosesnya sangat unik.
Lantas mungkin kah berguna air di dalam baldi hijau itu? Untuk menghilangkan dahaga?
Iya. Semua orang tahu tentang itu.. mengapa tidak di minum air laut yang jernih itu untuk menghilangkan dahaga?
Ohh.. kerja gila, aku bukan ikan lumba-lumba!!!
Jadi.. muktamatkah baldi hijau itu sebagai pencemar keindahan beting pasir itu?
Aduhh… iya… biarkan saja ia disitu, aku boleh memandang tempat lain. Gambar pandangan lain jugak indah… biarkan saja baldi itu disitu.
Begitukah aku? Begitulah aku ketika memandang Islam. Anugerah Tuhan yang bernama Islam itu di anggap pengacau… bagiku dunia ini sudah moden, manusia sudah matang dan berilmu, Islam itu kolot dan sesuai di zaman Nabi-nabi sahaja.
Tamadun manusia dan tamadun moden telah berkembang maju, dan indah… seperti langit biru , beting pasir dan air laut yang jernih itu. Apa lagi perlunya Islam.
Tapi aku lupa… aku manusia…. Fitrah ku memerlukan Islam… di balik keindahan langit biru , beting pasir dan air laut yang jernih itu aku memerlukan air di dalam baldi itu. Untuk aku menghilangkan dahaga dan terus hidup.
Astarfirullahalazim…..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
” Tiadakah mereka mengembara di muka buni, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka mengerti, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sungguh bukanlah mata mereka yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada dalam (rongga) dadanya.”
- Al-Quran – Surah Al Hajj
Turnaround! January 22, 2009
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.add a comment
Assalamualaikum,
Kalau anda lihat Blog ini, asal jadi saja, atau asal boleh saja, banyak post/entri tidak begitu elok paparannya.
Alasannya? banyak sekali, begitu begini, bla..bla.. bla….. budak baru belajar pun ada. He he he….
Justeru, tiada post baru akan di buat, sebelum blog ini di selengara sepenuhnya terlebih dahulu.
Sekian.
Boikot Israel January 13, 2009
Posted by menadahhidayah in Komentar Isu Semasa.add a comment
Webpage ini mengutuk keras keganasan Israel ke atas Rakyat Palastin. Bagaimana Amerika boleh berdiam diri sedangkan Israel (yang sering di bantu oleh Amerika ) kini sibuk membesarkan wilayah mereka tatkala Amerika tercekik dengan kegawatan ekonomi. Sepertinya rakan anda yang selalu anda pinjam kan duit atau beri duit, tapi sibuk berbelanja dan bermewah-mewah ketika anda dilanda masalah kewangan. Anda di dalam kesusahan..sedikit pun tidak di peduli.
Lakukan tugas Kita… Boikot Israel dan sekutunya… maklumat lanjut disini www.inminds.co.uk
Introspective: New Year 1430H:2009M January 2, 2009
Posted by menadahhidayah in Komentar Isu Semasa.add a comment
The moon and the sun taking turns is just another event,
Why should I then repent?
The Quran You have sent?
Do i look like I do care what it meant!
Ya Allah…
What a Sinner I am.. What a sinner I am.
Why should I be so arrogant to seek your forgiveness?…
When I did repent, You..as The Most Merciful will surely forgive me.
Where should I run if I reiterating my sin???
Who will forgive me then?.. no man will.. no man will….
How will I continue another day ??
Ya Allah..
I seek Your forgiveness as You are The Forgiver (Al-Ghaffar)
I seek Your guidence as You are The Guider (Al-Hadii)
Ya Allah…
I can not live as a sinner…..I do not want to die as a sinner….
I want to be a winner….. in this life and hereafter a winner…
I shall let Quran strengthen my inner…..
I shall be a complete believer…the true believer…
Ya Allah… please guide me forever….

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
“ Who created me, and it is He Who guides me; (78)
“Who gives me food and drink (79)
“And when I am ill, it is He Who cures me; (80)
“Who will cause me to die, and then to live (again); (81)
“And Who, I hope will forgive me my faults on the Day of Judgment… (82)
O my Lord! Bestow wisdom on me, and join me with the righteous; (83)
“Grant me honourable mention on the tongue of truth among the latest (generations);(84)
“Make me one of the inheritors of the Garden of Bliss; (85)
-Al Quran- Al-Shuara-
Amin….