jump to navigation

Makan…makan…makan… Ramdhan dan Hari Raya September 25, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Bulan ramadhan kali ini, saya jaga makan betul-betul. Masalah gastrik yang teruk membuatkan saya perlu mematuhi cara makan dengan betul. Begitu kurang makan makanan berminyak, dan kuah kari atau kuah lemak tidak pernah sampai membanjiri suapan nasi. Mula-mula rasa ralat. Tapi lepas seminggu OK pula. Lantas ajakan rakan untuk berbuka di hotel ditolak dengan baik. Saya hanya makan sedikit.. campur waktu berbuka dan sahur, paling banyak dua pinggan nasi sahaja. Paling banyak nasi untuk sepinggan itu hanyalah dua senduk kecil, jika membeli nasi di bazzar, saya hanya makan separuh. Rugilah untuk membayar kos makan di hotel jika saya hanya makan sedikit sahaja.

 

Mengamalkan berhenti makan sebelum kenyang, bagus sekali, setiap gerakan bangun duduk solat itu rasa lancar tanpa rasa sebu melonjak di perut. Tapi saya bukan malaikat, ada sekali makan banyak juga.. terasa sebu menyesak perut. Kebetulan pulak semasa tazkirah, Ustaz memperkatakan tentang kesan quantity makanan ketika berbuka pada ibadat malam kita. Saya tersenyum sendirian. Terkena aku hari ini, salah sendiri, terlebih makan….

 

Untuk membantu masalah gastrik, saya mengambil ubat menahan asid ketika sahur.Susu penuh krim juga menjadi penutup setiap malam sebelum tidur dan sesudah sahur. Quaker oat sebanyak 3 sudu besar juga menjadi juadah sahur selain nasi. Kopi dan teh pula boleh bilang dengan jari, aroma kopi kegemaran di pejabat yang diminum oleh rakan-rakan sekerja bukan Islam di sambut dengan ucapan.. COBAANNN…. Anda pasti tau teh dan kopi harus di kurangkan dengan banyaknya di bulan puasa ini, ia kerana sifat deuratiknya. Ia menghalang penyerapan nutrien dan membuatkan anda kerap ke bilik air. Jadi di saat badan kita memerlukan nutrien ketika berpuasa, makanan-makanan yang boleh menghalang penyerapan nutrien ini perlu di jauhi.

 

Kini, penghujung ramadhan menghampiri, adik di kampung sudah memesan kek lapis, nasib baik tempahan sudah di tutup! Tetapi kerana tidak sampai hati, saya membeli juga kek hati pari, boleh tahan juga harganya. Tak kisah lah sekali sekala.

 

Macamana agaknya hari raya nanti. Saya sudah ada senarai juadah yang ingin saya makan!!! Tahun-tahun lepas secara konsisten, berat badan saya turun 2 kilo setiap kali selepas puasa. Tahun ini mungkin lebih. Tapi, nafsu makan di hari raya nanti mungkin menambah ukuran pinggang yang sedia lebar ini…

 

Melihat rancangan di televisyen, mereka mencadangkan agar memasak secara sihat, menggunakan low fat milk sebagai pengganti santan dan sebagainya. Mungkin mustahil, kerana yang memasak itu ibu-ibu kita yang sudah biasa dengan lemak-lemak kelapa yang berkolestrol itu.

 

Kunjugan kerumah saudara dan sahabat pula pasti menjadi kewajipan untuk menjamah hidangan. Kalau makan sikit, kena tegur pula, kalau makan banyak, lagi 5-6 rumah selepas ini harus kena kerja overtime perut kita tu. Kesian dia.

 

Jadi kita sajalah boleh merubahnya, makan sikit-sikit, rumah tu sikit, rumah ni sikit, kalau dulu ambil ketupat pulut 5 biji, kali ni ambil sebiji saja, sekadar rasa saja, jauhi air bikarbonat, mintalah air suam  saja, air batu kalau boleh elakkan juga, kerana menyukarkan proses penghadaman.

 

Kalau berkunjung kerumah sesiapa, berhati-hatilah memandu.. biar perlahan asal sampai, walau cliché pesanan ini, ia benar kan? Masa yang lama di jalan raya itu, kita berzikir-zikir lah. Insyallah kita boleh lakukan.

 

Ya itulah azam saya untuk Raya tahun ini, Untuk anda semua Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin.

Tetamu dari Langit (Juga dari http://abumarwanhamdi.blogspot.com/) September 19, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Qur’an, Al-Qadr 97: 1-5)

 

 

 

Rasulullah (selawat dan salam kepadanya) berpesan:

 

“Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (Direkodkan oleh al-Bukhari, Muslim dll)

 

Juga peringatan Allah dalam al-Quran:

 

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul” (Ad-Dukhan : 4-5)

 

Berkata seorang sahabat Rasulullah Ibn Abbas:

 

“Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki”

 

Pesan Rasulullah (salawat dan salam kepadanya) lagi:

 

“Sesiapa yang beribadat walau sesaat pada malam al-Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka Allah lebih menyukainya daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang mengutus saya dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.

 

(Saya tidak pasti siapa yang merekod hadis yang ini… maaf)

Malam ini adalah malam 20 Ramadan. Bermulanya 10 malam terakhir Ramadan. Malam yang ditunggu-tunggu buat perindu tetamu dari langit ini. Malam yang dijanjikan Allah kehebatannya lebih baik daripada 1000 bulan.

Malam di mana tetamu dari langit ini turun ke bumi dan memberi salam, mengaminkan doa mereka yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir dan memohon ampun untuk mereka kecuali empat kelompok manusia iaitu : Peminum arak, individu yang menderhaka kepada ibu bapa, individu yang memutuskan siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

“Selamat datang wahai malam yang penuh barakah. Selamat datang wahai tetamu-tetamu dari langit. Ya Allah, berikanlah keberkatan malam yang engkau janjikan ini kepada-ku… berikanlah aku kekuatan untuk menghidupkan malam al-Qadar ini…”

 

“… Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah 2:32)

 

wallahu’alam

Pesan Tok Guru (dari http://abumarwanhamdi.blogspot.com) September 19, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment
Baru-baru ini, di surau, tetamu istimewa adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pesan Tok Guru, jangan kita sebut bulan puasa. Sekiranya kita sebut bulan puasa, maka tugas kita hanyalah puasa dan cukup dengan itu sahaja. Sedangkan sekiranya disebut bulan Ramadan, maka banyak tugas dan perkara yang perlu dibuat selain daripada puasa. 
Dalam bulan Ramadan, Rasulullah berpuasa, membaca Quran, berdoa, memohon ampun, solat sunat sunat dan macam-macam lagi ibadat yang lain. Semata-mata mengharapkan rahmat dan ampunan Allah. 
Sedangkan Rasulullah yang maksum tidak henti-henti memohon rahmat dan ampunan Allah, kenapa kita yang cetek dan nipis imannya ini kurang meminta ampun daripada Allah.
Bulan Ramadan adalah satu-satunya bulan daripada 12 bulan Islam yang Allah sebut dalam Quran. Rasulullah juga tidak menyambut bulan-bulan lain seperti mana beliau menyambut Ramadan. Menyambut kehadiran tetamu yang begitu istimewa.
Bulan Ramadan adalah hadiah Allah untuk hambanya supaya membersihkan diri jasmani dan rohani, sekaligus mengaut seberapa banyak rahmat dan kurniaanNya sebagai bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal abadi.
Bulan Ramadan adalah pesta ibadah. Pesta mengaut seberapa banyak peluang menyimpan saham untuk negeri Akhirat. Juga pesta untuk memberi makanan rohani kepada ruh kita.
Kata Rasulullah:

“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadan, pasti umatku mengharapkan tahun seluruhnya menjadi Ramadan” (Direkodkan oleh Ibnu Khuzaimah)

Jika setiap malam di bulan-bulan lain Rasulullah bangun malam mengabdikan dirinya kepada Allah, maka sepanjang bulan Ramadan beliau melipat gandakan ibadah malamnya. Semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Abu Hurairah melaporkan kata-kata Rasulullah: 

“Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta‘ala pada setiap malam turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berkata: ‘Siapakah yang sedang berdoa kepada aku supaya dapat aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada aku supaya aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada aku supaya dapat aku ampuni dia ?” (direkodkan oleh Bukhari)  

Wallahu’alam

Doa yang afdal ketika Ramadhan September 16, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Hadis untuk Ayat Penggerak – Dari Web Darussyifa.org September 16, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

How to fast healthily during Ramadan September 11, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
3 comments
With the month of Ramadan upon us it is useful to look at ways of trying to maintain a healthy diet whilst fasting. Fasting for 12 to 24 hours or more can lead to dizziness and fatigue and a lowering of metabolic rate as a means of conserving calories or energy. Here are some simple guidelines to make sure that your diet remains balanced and healthy during this fasting period:

Don’t skip breakfast (Suhoor)
Even though sleep may seem far more appealing than waking up to force down some food, don’t skip breakfast. Breakfast is the most important meal of the day. Research has shown that breakfast provides the essential energy and nutrients needed for concentration, while keeping hunger symptoms like headaches, fatigue, drowsiness and restlessness at bay. In addition, it speeds our metabolic rates. It is therefore vital to ensure an adequate intake at breakfast time.

Eat a wide variety of foods
When your daily intake is limited to two meals per day, you need to put extra effort into including foods from all the food groups. Our bodies need at least 40 different nutrients daily, to ensure that we grow properly and maintain good health. Although most foods contain more than one nutrient, no single food provides all the necessary nutrients. Moreover, foods have benefits that can’t be replicated by a pill. So it is important to eat a wide variety of foods every day, to ensure that we get all of these nutrients. Select foods each day from each of the five food groups:

· Breads, cereals and other grain products

· Fruit and vegetables

· Meat, fish and poultry

· Milk, cheese and yoghurt

· Fats and sugars (these are low in nutrients & high in calories, so limit intake!)

Eat low glycaemic (GI) foods at breakfast to help control blood sugar levels
Carbohydrates are classified according to their glucose response or glyceamic index (GI). The GI measures how fast the carbohydrate of a particular food is converted to glucose and enters the bloodstream. The lower the GI, the slower the food is converted to sugar and the longer it satisfies your hunger. Selecting low GI foods helps maintain normal blood sugar, minimises hunger pangs & satisfies appetite without providing excess calories. Also, by controlling blood sugar levels, you prevent excessive eating binges as a result of low blood sugar levels. Remember to include low GI foods at each meal, and to avoid eating high GI foods on their own, but rather to mix them with low GI foods, which will give an intermediate GI overall.

Be aware of your cooking methods
By making small changes in your cooking habits, you can create great-tasting foods that are also healthy for you. Many of those treasured family-favourite recipes have a very high fat content for today’s health-conscious living. Don’t give up on your favourites – just convert them! Here’s how:

· Always trim off excess fat from before cooking, or use venison, chicken and soya as lower fat options. Remove poultry skin & choose light meat (eg. breast).

· Cut down on fat intake during cooking:

- cook onions in a little water or vegetable stock rather than oil or butter

- use non-stick frying pans & non-stick sprays rather than oil or margarine

- bake, grill or roast foods rather than frying

- cook roasted meat or poultry on a wire rack so that the fat can drip off

- Steam or boil vegetables

- when preparing rice, noodles & other grains, season with herbs, spices & broths rather than added fat

- prepare soups, gravies & sauces in advance, so that they can be refrigerated, allowing you to remove the layer of fat that forms on top.

- Use herbs and spices to add flavour & zest to low-fat cooking. Basil, bay leaf, oregano, & rosemary add distinctive flavours & colours to meat & vegetables. Spices, like cinnamon, ginger & nutmeg enhance the sweet taste of foods, & seasoning blends, such as chilli powder, curry powder provide a complex array of flavours

· Avoid taking in too much salt

- Use garlic, dry mustard, pepper, onions, mushrooms & tomatoes to add flavour to meat and vegetables
- Add sliced lemon or lemon juice to white meats & fish

· Make healthy changes to recipes
Cut the fat in half – if a recipe requires cream or whole milk, use evaporated or fresh skim milk. If a recipe requires a whole egg, use two egg whites, etc.

Eat enough carbohydrate foods – especially those rich in fibre
These foods provide the body with energy. They are rich in B vitamins, and are an excellent source of fibre. Hi-fibre foods also fill you up more than low-fibre counterparts. Foods high in fibre include brown rice, wholegrains, fresh fruit and raw veggies.

Remember your fruits and vegetables
Fruit and vegetables add colour and variety to the menu. They are “protective” foods as they help the body fight off sickness and disease. They are also rich sources of a variety of vitamins, minerals, and fibre, and are low in calories.

Drink sufficient fluid
Always include water in your diet, and cut down on caffeine-containing beverages. Caffeine is a diuretic and will not provide adequate hydration.

We all know that maintaining a balanced diet by eating healthily has a vital influence on your well being. Try following the above principles so that this fast period does not sway too much from the principles of good nutrition.

 

Source: www.themodernreligion.com

 

This article provides useful advice on how to avoid some common problems encountered in Ramadhan. The advice should enable one to fast comfortably and enjoy fully the spiritual benefits of Ramadhan.

During Ramadhan, our diet should not differ greatly from normal and should be as simple as possible. We should be able to maintain our normal weight, neither losing nor gaining. However, if one is over-weight, Ramadhan is an ideal time to lose weight.

We should aim to consume slow digesting foods including fiber-containing foods. Slow-digesting foods last up to 8 hours, while fast-digesting foods last only 3 to 4 hours.

Slow-digesting foods are foods that contain grains and seeds like barley, wheat, oats, semolina, beans, lentils, whole meal flour, etc. (complex carbohydrates).

Fast-burning foods are foods that contain sugar, white flour, etc. (refined carbohydrates).

Fibre-containing foods are bran-containing foods, whole wheat, grains, seeds, vegetables like green beans, peas, sem (papry), marrow, mealies, spinach, methie, fruit with skin, dried fruit especially dried apricots, figs and prunes, almonds, etc.

Meals should be well-balanced, containing foods from each food group, i.e. fruits, vegetables, meat/chicken/fish, bread/cereals and dairy products. Fried foods should be limited. They cause indigestion, heart-burn, and weight problems.

AVOID

Fried and fatty foods.

Foods containing too much sugar.

Over-eating especially at sehri.

Too much tea at sehri. Tea makes you pass more urine taking with it valuable mineral salts that your body would need during the day.

Smoking cigarettes. If you cannot give up, cut down gradually starting a few weeks before Ramadhan.

EAT

Complex carbohydrates at sehri so that the food lasts longer.

Haleem is an excellent source of protein and is a slow-burning food.

Dates are excellent source of sugar, fibre, carbohydrates, potassium & magnesium.

Almonds are rich in protein and fibre with less fat.

Bananas are a good source of potassium, magnesium and carbohydrates.

DRINK

As much water or fruit juices as possible between iftar and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.


Problems to Avoid

CONSTIPATION - Constipation can cause piles (haemorroids), fissures (cracks in anal canal) and indigestion, with a bloated feeling.
Causes: Too much refined foods, too little water and not enough fibre in the diet.
Remedy: Avoid refined foods, increase water intake, use bran in baking, brown flour when making roti.

INDIGESTION AND WIND
Causes: Over-eating. Excessive fried and fatty foods, spicy foods, and foods that produce wind e.g. eggs, cabbage, lentils, fizzy drinks like Cola also produce gas.
Remedy: Do not over-eat, drink fruit juices or water. Avoid fried foods, add ajmor to wind-producing foods.

LETHARGY (‘low blood pressure’)
Excessive sweating, weakness, tiredness, lack of energy, dizziness, especially on getting up from sitting, paleness and feeling faint are symptoms associated with “low blood pressure”. This tends to occur towards the afternoon.
Causes: Too little fluid intake, decreased salt intake.
Remedy: Keep cool, increase fluid and salt intake.
Caution: Low blood pressure should be confirmed by taking a blood pressure reading when symptoms are present. Persons with high blood pressure may need their medication adjusted during Ramadhan. They should consult their doctor.

HEADACHE
Causes: Caffeine and tobacco-withdrawal, too much exercise, lack of sleep, hunger usually occur during the day and worsen towards the evening. When associated with “low blood pressure”, the headache can be quite severe and can also cause nausea before Iftar.
Remedy: Cut down caffeine and tobacco slowly starting a week or two before Ramadhan. Herbal and caffeine-free teas may be substituted. Reorganise your schedule during the Ramadan so as to have adequate sleep.

LOW BLOOD SUGAR
Weakness, dizziness, tiredness, poor concentration, perspiring easily, feeling shaky (tremor), headache, and palpitations are symptoms of low blood sugar.
Causes in non-diabetics: Excessive sugar consumption i.e. refined carbohydrates especially at suhur (sehri). The body produces too much insulin causing the blood glucose to drop.
Remedy: Eat something at sehri, and limit sugar-containing foods and drinks.
Caution: Diabetics may need to adjust their medication in Ramadan, consult your doctor.

MUSCLE CRAMPS
Causes: Inadequate intake of calcium, magnesium and potassium foods.
Remedy: Eat foods rich in these minerals e.g. vegetables, fruit, dairy products, meat and dates.
Caution: Those on high blood pressure medication and with kidney stone problems should consult their doctor.

PEPTIC ULCERS, HEART BURN, AND GASTRITIS
Increased acid levels in an empty stomach aggravate the above conditions. It causes a burning feeling in the stomach area and can extend up to the throat. Spicy foods, coffee, and Cola drinks worsen these conditions.
Medications are available to control acid levels in the stomach. People with proven peptic ulcers and hiatus hernia should consult their doctor well before Ramadhan.

KIDNEY STONES
Kidney stones may occur in people who have less liquids to drink. Therefore, it is essential to drink extra liquids so as to prevent stone formation.

JOINT PAINS
Causes: Extra salah during Ramadhan increases pressure on the knee joints. In the elderly and those with arthritis this may cause pain, stiffness, swelling and discomfort.
Remedy: Lose weight so that the knees do not have to carry any extra load. Exercise the lower limbs before Ramadhan so that they can be prepared for the additional strain. Being physically fit allows greater fulfilment, thus enabling one to be able to perform salah with ease.

 

Source: Dr. Farouk Haffejee
Islamic Medical Association of South Africa – Durban

Ingatan Mesra untuk Kaum Wanita: Petikan Hadis dari www.al-islam.com September 8, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 114

Puasa : Penyucian Rohani dan Fizikal September 8, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Entri kali ini menyorot tulisan Nurul Anuar Kari yang di petik dari Utusan Online. Semoga mendapat manfaat.

RASA seperti sekelip mata kita kembali ke bulan Ramadan dan ibadah puasa. Bulan mulia ini disambut dengan bermacam ragam manusia, antaranya gembira dipanjangkan umur menemui Ramadan 1429 Hijrah, tidak kurang juga yang mula menghidap ‘penyakit’ tertentu sehingga tidak boleh berpuasa.

Ramai juga yang memulakan ‘pesta makanan’ setiap petang di bazar Ramadan atau pun bufet mewah di hotel-hotel besar. Lebih mengejutkan, ada juga segelintir yang sudah mula membeli-belah untuk Hari Raya Aidilfitri sebelum puasa bermula lagi.

Apa juga cara Ramadan disambut, semua umat Islam tetap wajib menunaikan Rukun Islam ini dengan berpuasa selama sebulan, pada bulan yang turut menjanjikan pelbagai peluang menyucikan diri. Menyentuh tentang penyucian diri, Ramadan bukan hanya untuk penyucian rohaniah malahan amat bermanfaat dalam penyucian badan, terutamanya salur penghadaman dan perkumuhan (termasuk sistem pernafasan bagi perokok).

Tempoh tanpa makan dan minum hampir 14 jam (di Malaysia) memberi sistem penghadaman peluang berehat seketika di samping meningkatkan proses penyingkiran toksin di dalam badan. Namun proses pemulihan ini menjadi sia-sia jika waktu berbuka dijadikan waktu melahap sehinggakan sistem penghadaman terpaksa ‘bekerja’ lebih kuat dari waktu tidak berpuasa.

Sahur dan berbuka


Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Norlaily Md. Nasir menasihatkan amalan nutrisi seimbang sepanjang bulan Ramadan, bukan sahaja bagi mendisiplinkan diri malahan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan berpuasa.

“Sepanjang berpuasa, bersahur menjadi satu keperluan supaya badan mempunyai tenaga secukupnya untuk menjalankan aktiviti harian.

“Namun, menu sahur tidak boleh terlalu berat dengan cadangan hanya setengah pinggan nasi di samping melebihkan sayur dan buah-buahan,” katanya.

Menurutnya, buah juga boleh diganti dengan kurma ketika bersahur memandangkan sesetengah warga emas menganggap buah makanan yang ‘sejuk’.

Tambahnya lagi, bagi mereka yang agak kurang berselera untuk bersahur pada awal pagi, boleh juga mengamalkan bersahur dengan dua keping roti (bakar atau tidak), bersama segelas susu.

Bagi makanan yang dihidangkan, tidak mengira pada waktu bersahur atau berbuka, perkara utama yang perlu diperhatikan adalah mengurangkan penggunaan santan dalam masakan dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak.

Ketika berbuka, adalah lebih baik bermula dengan beberapa biji buah kurma seperti yang diamalkan Rasullullah SAW dan mengelakkan bermula dengan makanan atau minuman yang manis.

Norlaily menjelaskan, pengambilan makanan berasaskan karbohidrat (nasi, mi, mihun) perlu dikurangkan kepada hanya setengah pinggan dengan keutamaan pengambilan sayur dan buah-buahan antara tiga hingga lima hidangan.

“Kebanyakan daripada kita mengambil lauk bersantan, berlemak atau pedas. Lauk pedas tidak sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas.

“Elakkan juga pengambilan makanan kering seperti asam kerana ia tidak elok untuk sistem penghadaman ketika badan agak kekurangan air,” ujarnya.

Menurut Norlaily, orang ramai perlu melebihkan pengambilan air kosong, sebanyak mungkin bila berkesempatan (sahur atau selepas berbuka).

Selain itu, pengambilan kopi atau teh semasa bersahur dan awal berbuka juga tidak digalakkan kerana minuman berkafein akan menyekat penyerapan nutrien di samping meningkatkan kehilangan cecair badan.

Jika perlu juga, minum secawan kopi atau teh, bolehlah diambil selepas satu jangka masa berbuka seperti selepas sembahyang tarawih.

 

Serat dan puasa
Norlaily memaklumkan penekanan besar diberikan kepada buah dan sayur ketika bersahur dan berbuka adalah kerana manfaat kandungan serat tumbuhan yang tinggi ke atas badan.

“Serat tumbuhan dapat melambatkan proses berasa lapar, membolehkan kita bertahan dalam tempoh sepanjang berpuasa.

“Serat dapat menyerap air, mengurangkan rasa lapar dan membolehkan badan bertahan melakukan aktiviti harian sehingga lebih lapan jam,” jelasnya.

Menurutnya, serat juga kaya dengan vitamin dan mineral tersendiri, di samping menyahtoksin badan dan membuatkan kita lebih ceria dan bertenaga.

Oleh itu, disarankan bersahur dengan buah dan sayur secukupnya untuk menahan rasa lapar, dan sama juga ketika berbuka supaya cepat berasa kenyang.

Norlaily menyatakan, individu berpuasa bukan sahaja dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa dengan pengambilan serat, malahan dapat membantu mengelakkan sembelit yang mudah berlaku di ketika badan kekurangan air.

“Seperti ramai sedia maklum, antara kebaikan utama serat tumbuhan adalah melancarkan dan membersihkan sistem penghadaman dan perkumuhan.

“Selain itu, serat juga dapat membantu mengurangkan kalori dan lemak di kalangan mereka dengan berat badan berlebihan,” ujarnya.

Bagi mereka yang menghidap penyakit kronik pula, Norlaily menasihatkan supaya memperbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi bagi mengawal paras gula darah (serat larut) untuk pesakit diabetes.

Tambahnya, serat juga dapat mengurangkan kolesterol untuk pesakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser melalui kandungan fitokimia (phytochemical) di samping membolehkan pesakit menjalani ibadah puasa seperti orang biasa.

Norlaily menekankan pentingnya serat dalam kehidupan seharian, terutamanya ketika berpuasa tetapi diambil dalam jumlah berpatutan.

“Perkara utama adalah serat dapat membantu kita tahan berpuasa dan melakukan aktiviti harian seperti biasa sepanjang Ramadan.

“Namun, adalah lebih penting mendapatkan kuantiti nutrien yang seimbang dengan tidak mengabaikan komponen lain di dalam piramid makanan yang tidak kurang pentingnya,” tegasnya.

Katanya lagi, walaupun disaran lebih banyak pengambilan serat, perlu juga diambil dalam jumlah sederhana dan tidak berlebihan.

Dakwanya, pengambilan serat secara berlebihan boleh membawa kepada masalah angin di dalam badan.

Disiplin dan sederhana


Dalam mendapatkan diet serat secukupnya, buah menjadi pilihan utama memandangkan ia mudah diperoleh dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Sumber lain seperti bijirin mungkin lebih mahal sedikit sementara sayur pula disarankan ditanam sendiri bagi mereka yang mempunyai kawasan tanah untuk berbuat demikian.

Norlaily juga menasihatkan penanaman disiplin diri sepanjang Ramadan terutamanya dalam membeli makanan di luar dan amalan diet ketika bersahur dan berbuka.

“Ramadan bukan pesta makan! Bulan mulia ini sepatutnya dapat membantu kita mengurangkan perbelanjaan harian jika diamalkan pembelian berhemah.

“Beli secara sederhana. Utamakan makanan berserat dan bertenaga untuk keperluan badan menjalankan aktiviti fizikal,” katanya.

Menurutnya, serat itu penting untuk kesihatan tetapi perlu juga mempelbagaikan komponen dari piramid makanan untuk mencapai keseimbangan nutrien yang diperlukan badan.

Langkah ku atur ke Surau September 6, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Arif terkocoh-kocoh keluar dari rumah, tangan kirinya memegang plastik sampah. Pintu rumah dikunci. Sudah hampir azan, bisik hatinya.

Inilah kali pertama Arif bersembahyang terawih di masjid pada Ramadhan tahun ini. Kunci kereta di gemgam kemas, setelah membuang sampah, Arif terfikir, bagus juga aku berjalan. Bukanlah jauh sangat. Arif mendongak ke langit, sinaran bintang memancar lembut di balik awan. Mudah-mudahan tidak hujan malam ini. Amin…

Arif berseorangan hari ini, rakan serumahnya masih belum pulang dari kerja. Langkah di atur cermat. Masih belum kedengaran azan berkumandang.

Lantas terdetik dihatinya, “ Kenapa tidak aku berzikir dalam perjalanan ke surau ini.”

“Subahanallah hi wa Bihamdihi, Subahanallah hil Azim.” Mulutnya mengatur zikir dengan perlahan.

“Maha suci Allah, dan kepadaNyalah segala pujian, Maha suci Allah Yang Maha Agung.” Hati kecilnya memahami erti zikir itu.

Dengan setiap langkah berturutan, selari itulah setiap ucapan zikir di luahkan. Jauh di sudut hatinya berdoa “ Ya Allah, redhailah kehidupan ku ini, ampunilah dosa-dosa ku semuanya, terimalah puasaku ini sepenuhnya. Sedaya mungkin aku sempurnakan puasa ini untuk Mu Ya Rahim, Maka permudahkanlah ia untukku Ya Rahman. Ya Allah.. dengan rahmatMu redhailah aku untuk memasuki syurga Ar-Rayyan mu” Amin….

Ila dan Ramadhan 1429H September 5, 2008

Posted by menadahhidayah in Uncategorized.
add a comment

Ila tersenyum sendirian. Lagu-lagu hari raya berkumandang begitu meriah di pejabatnya. Alahai, bisik hati kecilnya, baru masuk lima hari puasa.

 

Ila tidak jadi menaip reportnya, pandangannya kosong ke skrin desktopnya. Fikirannya menerawang jauh. Baru tahun ini dia bulatkan tekad untuk memeriahkan ramadhannya. Begitu kuat pula ujian menimpa.

 

Ila masih ingat, Ramadhan tahun lepas sepertinya hanya budaya yang biasa. Berpuasa dan kemudian menghitung detik Hari Raya. Menjelang berbuka, sibuk mencari makanan di bazaar Ramadhan. Terawih pun celup-celup sahaja. Hari jumaat, masa rehat dua jam di gunakan sepenuhnya untuk window shopping.

 

“Alahai… bagaimana pula untuk mengimarahkan Ramadhan tahun ini?” Bisiknya

 

Ila tahu, dari tazkirah yang di ikutinya di bulan Syaaban yang lalu, besar rahmat bulan Ramadhan ini. Sebaiknya setiap saat di isi dengan taqwa dan ibadah.

 

Ila tahu, ibadat puasa ini lah satu satunya ibadat yang dilakukan untuk Allah. Tidak seperti solat, zakat dan haji, yang lebih untuk diri manusia itu sendiri. Lantaran pahala puasa dan ganjaran puasa itu adalah hak Allah. Mustahil bagi Ila untuk menipu Allah, mungkin dia boleh menipu diri sendiri dengan mencuri-curi makan. Tapi tidak mungkin dia menipu Allah.

 

“Astarfirullah..” Ila beristifar, dia membulatkan tekad untuk membuat yang terbaik ramadhan ini.

 

Jika dulunya Ila lebih suka mendengar lagu raya, tahun ini Ila mahu melagukan zikir Asma-Ulhusna, atau Zikir taubat.

 

Jika dulunya Ila lebih suka mendengar radio popular bila terperangkap dalam jem pulang dari kerja, tahun ini Ila mahu mendengar Al-Mathurat dan Bacaan surah-surah lazim dari CD yang baru di belinya.

 

Itulah tekad Ila, senyumannya menguntum, matanya berkaca, dalam hatinya berdoa “Ya Allah, kurnialah aku kesihatan, kekuatan agar dapat aku mengingati mu, mengerjakan ibadah seikhlasnya kepada mu, Jauhilah aku dari bermalas-malasan dan leka dengan dugaan dunia. Hanya Engkau Ya Allah, aku menghambakan diri, dan tolongilah aku. Ku pohon keampunan seluruhnya, terimalah puasa ku ini sepenuhnya dan jadikanlah Ramadhan tahun ini mensucikan diriku dari dosa-dosa silam ku. Amin.”