Riak kerana memberitahu Harga? July 13, 2008
Posted by menadahhidayah in Uncategorized.trackback
Kamu riak kerana menyebut harga! Sambil ketawa…seorang rakan ku berkata, aku tau apa dia maksudkan. Ya, dalam blog ku ini, ada buku-buku, Tafsir Al-quran yang aku beritahu harganya. Namun bukanlah riak yang beraja dihati, bukan eksen yang tersemat bangga! (Nauzubillah)
Aku bukan lah perancang kewangan yang baik, tapi ada cara ku amalkan dalam merancang kewanganku sendiri. Justeru, sebelum aku membeli, aku sediakan budget dulu. Budget ada baru ku beli! (Aku pasti kamu juga begitu) Justeru aku suka mendapatkan info tentang harga diantara yang lain apa bila aku ingin membeli sesuatu barang dan hal ini termasuk lah urusan membeli buku.
Dua minggu lepas, aku berbual bersama rakan ku, di situ ada juga rakannya. Aku bertanya “ Sudah terasakah kesan kenaikan minyak di sini? “ Dia menjelaskan, selain dari perbelanjaan minyak kereta, belum lagi la, sebab borong barang rumah pun di hypermarket. Tapi penjual buku sudah mula terasa. Aku pun pelik dan bertanya, kenapa? Harga buku naik ke?
Dia menjelaskan, di Malaysia ni, orang beli buku apabila ada duit lebih! So kalau tiada duit lebih (sesuatu yang realiti berikutan efek domino hasil kenaikan harga minyak kini), mereka tidak akan membeli atau kurang membeli buku.
Ya itulah tujuan ku sebenarnya. Bukan riak, Cuma ingin membantu bagi sesiapa yang berminat membeli buku yang ku pamerkan di blog ini, mempunyai idea berapa harganya. Lantas merancang bila mahu membelinya. Mungkin bulan depan atau tunggu bonus tahun depan? Atau dikumpulkan sejumlah wang selama beberapa bulan supaya mungkin boleh dibeli buku itu selepas gaji bulan ketiga. Terpulang pada anda sendiri.
Anda pernah membaca buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman? Buku kedua dari penulis ini akan keluar tak lama lagi… Nantikan entri mengenai buku-buku tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim di blog ini
Comments»
No comments yet — be the first.